Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd dan platform e-dagang, Lazada Malaysia akan bekerjasama untuk pembelian rumah dalam talian buat pertama kali di Asia Tenggara sempena Penjualan Akhir Tahun 12.12 bagi menampung permintaan bakal pembeli dalam talian.
"Kami berhasrat untuk menjadi inovatif dalam perniagaan kami dan ingin mencipta cara baru pengguna membeli-belah untuk rumah.
"Lebih separuh penduduk Malaysia membeli-belah dalam talian, jadi sebagai pemaju pertama untuk menjual rumah dalam talian di platform e-dagang seperti Lazada, memberikan kami kelebihan berbanding pemaju lain di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, Lazada teruja untuk menjadi platform e-dagang pertama di rantau ini untuk menjual hartanah.
"Selepas sambutan hangat yang kami terima semasa Festival Beli-Belah Lazada 11.11, kami meningkatkan usaha kami untuk memenuhi permintaan yang sentiasa berubah daripada pengguna mudah alih yang terus berkembang dan semakin berani.
"Pembeli Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk semua keperluan gaya hidup mereka dan kami percaya kerjasama ini akan menjadikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh pembeli rumah golongan muda," kata Lejeune.
Projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada untuk 12.12 termasuk M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence @ Southville City, KL Selatan; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang dan Meridin East, Johor.
Pembeli yang berminat boleh pratonton rumah mulai 28 Nov 2018 dan membuat pembelian mulai 10 hingga 12 Disember 2018.
Pembeli rumah Mah Sing melalui Lazada akan menerima insentif eksklusif 5.0 peratus Lazada bernilai RM20,000 hingga RM30,000; insentif dalam talian yang terbesar yang pernah ditawarkan di Lazada.
Oleh itu, kami yakin bahawa ini boleh menarik pelanggan celik digital seramai mungkin sepanjang kempen tersebut berikutan ganjaran tambahan itu. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 28 2018
Pembeli rumah Mah Sing melalui Lazada akan menerima insentif eksklusif 5.0 peratus Lazada bernilai RM20,000 hingga RM30,000; insentif dalam talian yang terbesar yang pernah ditawarkan di Lazada. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.