KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pergerakan penumpang 4.8 juta pada Januari 2022, lebih baik daripada suku keempat 2021, walaupun menghadapi cabaran tambahan daripada gelombang koronavirus Omicron.
Pengendali lapangan terbang itu berkata sumbangan pergerakan penumpang dari Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (SGIA) Istanbul, masing-masing berjumlah lebih dua juta.
"Kadar vaksinasi yang tinggi dan peningkatan untuk kempen suntikan penggalak telah mengurangkan penyakit serius dan kemasukan ke hospital dengan ketara, memberikan keyakinan kepada kelonggaran sekatan dan prosedur perjalanan yang lebih progresif," katanya kepada bursa saham.
Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik Malaysia, masing-masing mencatatkan 1.3 juta dan 3.5 juta penumpang, didorong oleh pemulihan trafik domestik negara berikutan kelonggaran sekatan perjalanan antara negeri sejak Oktober 2021.
MAHB berkata Malaysia mencatatkan pergerakan penumpang 2.7 juta secara keseluruhannya, dengan sektor antarabangsa dan domestik, masing-masing mencatatkan lebih 270,000 dan 2.5 juta penumpang.
Katanya pergerakan penumpang domestik mencapai 63.0 peratus daripada trafik pada Januari 2019, pertumbuhan tertinggi yang dicapai setakat ini berbanding tahap sebelum COVID-19.
"Walaupun berlaku gelombang Omicron yang menyebabkan penggantungan sementara Laluan Perjalanan Vaksinasi dan perjalanan umrah di Malaysia, pergerakan penumpang pada Januari untuk Malaysia berdaya tahan dan mencatatkan prestasi lebih baik daripada purata pergerakan penumpang yang dicatatkan pada suku keempat 2021," menurut MAHB.
Pengendali lapangan terbang itu berkata pergerakan penumpang harian di SGIA Istanbul mencatatkan aliran meningkat menjelang minggu akhir Januari.
SGIA Istanbul mengendalikan sejumlah dua juta pergerakan penumpang pada Januari 2022, dengan penumpang antarabangsa melebihi pergerakan pada Januari 2019 buat kali pertama sebanyak 8.5 peratus, atau 84,094 penumpang.
"Momentum pemulihan trafik dari 2021 berterusan hingga 2022 dan SGIA Istanbul disenaraikan sebagai lapangan terbang keenam paling sibuk dari segi jumlah trafik penumpang oleh ACI (Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa) Eropah pada 2021.
"Beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Pasifik merancang untuk membuka sempadan secara berperingkat dengan perbincangan berterusan untuk mewujudkan gelembung perjalanan baharu. Berita daripada Majlis Pemulihan Negara mengenai membuka sempadan Malaysia seawal Mac membawa keyakinan kepada industri penerbangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
MAHB berkata Malaysia mencatatkan pergerakan penumpang 2.7 juta secara keseluruhannya, dengan sektor antarabangsa dan domestik, masing-masing mencatatkan lebih 270,000 dan 2.5 juta penumpang.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
Kekejaman Zionis: Tidak banyak negara lantang seperti Malaysia - PM Anwar
Janganlah menggesa kerajaan membuat lebih daripada itu kerana menurutnya, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, mereka juga tidak berbuat demikian.
MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.
Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.