KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) antara RM600 juta dan RM700 juta untuk inisiatif digital Lapangan Terbang 4.0 bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun pertama pelan itu berikutan ia melibatkan menaik taraf kemudahan utama yang memberi tumpuan kepada keselamatan, pengalaman penumpang, operasi lapangan terbang dan inovasi tenaga kerja.
Beliau berkata pengendali lapangan terbang itu setakat ini telah menyelesaikan pemindahan rangkaiannya kepada seni bina rangkaian teras yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), dengan kos hampir RM50 juta, untuk memanfaatkan teknologi terkini seperti 5G, WiFi6 dan Internet of Things.
MAHB akan turut melaksanakan teknologi pengecaman wajah biometrik yang memberikan sehingga enam kali kecekapan semasa mendaftar masuk, serahan bagasi layan diri serta aplikasi mudah alih MYAirports yang dipertingkatkan pada akhir tahun.
"Kami ingin mempunyai ekosistem digital yang bersepadu sepenuhnya yang akan membolehkan kerjasama dan hubungan maklumat kami pada masa nyata di semua lapangan terbang kami.
"Kami ingin mempunyai pengalaman penumpang yang selamat dan bertaraf dunia di lapangan terbang kami dan memastikan aset kami dapat dijalankan dengan cekap dan mengoptimumkan proses yang kami miliki," katanya kepada pemberita pada sesi "In Conversation with Malaysia Airports" yang diadakan secara maya pada Jumaat.
Mengulas mengenai pemulihan industri penerbangan tempatan, Mohd Shukrie berkata industri dapat mencapai paras sebelum pandemik pada suku pertama 2024 atau paling awal pada akhir 2023.
"Saya agak pasti industri tidak akan kembali kepada paras sebelum pandemik pada tahun depan," katanya, sambil mengunjurkan Turki akan mencapai paras sebelum pandemik lebih cepat daripada Malaysia berdasarkan trafik penumpangnya yang tinggi.
Mengenai pembukaan semula sempadan, katanya MAHB sudah bersedia dan sentiasa bersedia untuk menerapkan keyakinan penumpang bagi menikmati perjalanan yang selamat.
MAHB telah menerima Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang global daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) untuk KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki.
Langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang ini berdasarkan standard global mengikut garis panduan Memulakan Semula dan Pemulihan Perniagaan Penerbangan ACI dan saranan Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bersama dengan amalan terbaik industri.
Dalam perkembangan lain, katanya MAHB telah memuktamadkan cadangan untuk perjanjian pajakan tanah baharu KLIA yang lebih menarik dan dapat menangani isu menarik pelaburan langsung asing (FDI) serta hak pembangunan.
Syarikat akan turut mengemukakan cadangan mengenai pelan pembangunan semula Subang yang telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan, katanya.
Kedua-dua cadangan itu akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi, katanya.
"Apabila diluluskan, kami akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membangunkan tanah di sekitar KLIA pada masa depan.
"Di bawah perjanjian operasi semasa dan perjanjian pajakan tanah yang kami miliki, ia tidak begitu kondusif dari segi menarik pelabur.
"Ia akan menjadi tempoh yang lebih lama berbanding pada masa ini yang agak pendek selain terma-termanya akan menjadi lebih mesra untuk menarik FDI dan untuk kami juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
MAHB telah memuktamadkan cadangan untuk perjanjian pajakan tanah baharu KLIA yang lebih menarik dan dapat menangani isu menarik FDI serta hak pembangunan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) masih ditutup akibat banjir.
Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.
Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.
Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.
Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Ujian tersebut boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan swasta, termasuk klinik dan hospital pilihan pengembara.