KUALA LUMPUR: Malaysia telah berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM81.9 bilion daripada 240 syarikat tahun ini.
Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kesemua pelaburan itu berkualiti tinggi termasuk pelaburan dalam sektor teknologi, inovasi, teknologi hijau, kenderaan elektrik dan teknologi kewangan.
Beliau berkata dasar pelaburan berkualiti tinggi itu turut diamalkan ketika misi perdagangan dan pelaburan di Korea dan Jepun pada awal April sehingga berjaya menarik pelaburan hampir RM7 bilion.
"Ketika saya berada di Seoul, Korea dan mengadakan perbincangan lanjut dengan pimpinan tertinggi SK Nexilis, mereka telah bersetuju untuk melipatgandakan pelaburan mereka di Sabah daripada RM2.3 bilion kepada RM 4.24 bilion," katanya dalam Buletin Utama TV3 hari ini.
Azmin berkata syarikat gergasi Jepun turut menunjukkan komitmen pelaburan yang sama termasuk pembekal komponen elektronik,Taiyo Yu-den yang berhasrat melabur RM3.75 bilion bagi mengembangkan operasinya di Sarawak.
Oleh itu, katanya potensi pelaburan di Sabah dan Sarawak turut membuktikan kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada Lembah Klang atau Semenanjung Malaysia.
Katanya, Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan utama bagi pelabur asing walaupun ada tanggapan bahawa syarikat-syarikat multinasional meninggalkan negara.
"Dengan fakta yang telah saya berikan ini, hanya sebahagian kecil daripada apa yang telah dipersetujui, membuktikan Malaysia masih lagi menjadi destinasi pelaburan utama," katanya.
Azmin berkata sebanyak RM44 bilion kini berada di pelbagai peringkat penilaian pelaburan asing untuk masa akan datang.
Beliau dijadualkan berlepas ke Arab Saudi pada minggu depan bagi misi perdagangan dan pelaburan yang seterusnya.
Malaysia mencatatkan RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Azmin berkata dasar pelaburan berkualiti tinggi itu turut diamalkan ketika misi perdagangan dan pelaburan di Korea dan Jepun pada awal April sehingga berjaya menarik pelaburan hampir RM7 bilion. - Gambar fail
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Malaysia berpotensi menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030 - Amro
Malaysia berdedikasi untuk menarik syarikat berteknologi tinggi dan menggalakkan kemajuan rantaian nilai dalam industri sedia ada.
Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi
Malaysia harus tangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk FDI ke dalam negara.
Misi sehari MITI ke Singapura jana komitmen FDI RM2.8 bilion
Antara Januari dan September 2023, projek pelaburan dari Singapura bernilai RM20.4b diluluskan, menjadikannya sumber FDI kedua terbesar negara.
Malaysia, Singapura teroka inisiatif pacu Zon Ekonomi Khas JS-SEZ
Malaysia dan Singapura bersedia untuk meneroka beberapa inisiatif bagi memacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Lawatan PM, MITI ke AS jana komitmen FDI RM63.02 bilion, potensi eksport RM2.78 bilion
Perjumpaan bersemuka PM dengan Google, Microsoft, Enovicand Tiktok, telah menghasilkan FDI berjumlah RM54.72 bilion bagi tempoh 10 - 15 tahun.
Labuan sasar untuk pertumbuhan dengan menarik pelaburan, menyelaraskan proses
Potensi ekonomi yang belum diterokai di Labuan boleh direalisasikan dengan tumpuan menarik pelaburan.
MITI optimistik 2024 tahun lebih positif bagi FDI ke dalam Malaysia
MITI optimistik 2024 akan menjadi tahun yang lebih positif bagi pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam Malaysia, memanfaatkan perancangan yang telah dirangka.
Bank Dunia turunkan unjuran ekonomi Malaysia kepada 3.9 peratus tahun ini
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023 daripada unjuran 4.3 peratus pada April tahun ini di tengah-tengah penyusutan permintaan luar, menurut Bank Dunia.
Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI berjumlah RM20 bilion- Tengku Zafrul
MITI telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion FDI daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu.