Malaysia melonjak sepuluh anak tangga ke tempat ke-15 dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing (FDICI) 2014 yang dikeluarkan oleh firma perunding pengurusan global, A.T. Kearney.
A.T. Kearney berkata Malaysia meraih manfaat daripada pengaliran masuk FDI serantau dan prestasi baik dalam perkhidmatan kewangan, industri berat dan industri utama.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata Malaysia berhasrat membina kedudukan daya saingnya dalam elektronik, automotif, dan pembuatan mesin untuk meningkat dalam rantaian nilai dan menceburi segmen-segmen teknologi tinggi, berlandaskan kemahiran.
Ia menegaskan bahawa pengedar komponen separa konduktor dan elektronik, Mouser Electronics, iaitu sebahagian daripada keluarga Berkshire Hathaway, telah membuka sebuah pusat perkhidmatan pelanggan di Pulau Pinang untuk menampung permintaan tempatan yang semakin meningkat.
Pada 2013, Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan dibuka bagi perniagaan sebagai satu pelaburan bersama oleh kedua-dua negara, dengan pemilik bersamanya dari China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group memegang 40 peratus kepentingan dalam Pelabuhan Kuantan.
Sementara itu, ia berkata Asia, yang menarik kira-kira sepertiga daripada keseluruhan FDI, memperlihatkan daya tahan tertentu.
"Dengan pelaburan masih mencurah masuk ke China dan dengan India kini semakin berkembang, kami juga nampak kekuatan tergabung Asean sebagai satu destinasi pelaburan pilihan menjelang pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).
"Malah tahun lepas jumlah pelaburan Asean mengatasi China dan tahun FDICI tahun ini menunjukkan kemungkinan keadaannya sama," kata Ketua Asia Pasifiknya, John Kurtz.
China menduduki tempatan kedua dalam indeks itu, selepas Amerika Syarikat, manakala India turun dua anak tangga kepada tempat ke-7, ekoran kelembapan sentimen pelabur terhadap sektor-sektor seperti peruncitan pelbagai jenama dan perlombongan.
Australia juga kekal dalam golongan 10 terunggul pada kedudukan ke-8 manakala Singapura, dengan peraturan-peraturannya yang mudah ditelah dan kadar cukai korporat yang rendah, memperkukuh kedudukannya di tempat ke-9.
Indeks Keyakinan FDI ini dirangka menggunakan data-data utama daripada kaji selidik dalam kalangan eksekutif kanan syarikat-syarikat terkemuka di dunia.
Responden termasuk eksekutif tahap C serta pemimpin serantau dan perniagaan. Sebanyak 300 syarikat yang mengambil bahagian itu mewakili 26 negara dan merentasi semua sektor industri. Semua syarikat melaporkan pendapatan global berjumlah lebih US$500 juta.
Bernama
Wed Jun 04 2014
Malaysia melonjak sepuluh anak tangga ke tempat ke-15 dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing (FDICI) 2014
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus
InvestKL berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM8.7 bilion pada 2023 yang merupakan lonjakan sebanyak 300 peratus daripada RM2.79 bilion pada 2022.
Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis
Mata wang Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) yang direkodkan ketika ini masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir.
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2024
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada 2024, mendapat rangsangan daripada perbelanjaan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI).
Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi
Malaysia harus tangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk FDI ke dalam negara.