Manusia pertama dengan implan Neuralink kini boleh kawal tetikus melalui fikiran - Elon Musk

Amanz
Februari 21, 2024 04:52 MYT
Pengguna berkenaan dilapor telah berjaya mengawal tetikus dan mengerakkan ia pada skrin dengan hanya berfikir. -Amanz
NEURALINK adalah salah satu syarikat dibawah Elon Musk, yang memfokuskan kepada pembangunan antaramuka komputer ke otak, melalui pengimplanan cip.
Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia pertama, dan kini perkembangan berkenaannya dikongsikan.
Melalui sesi X Spaces pada platform sosial yang dimiliki Elon Musk, beliau kongsikan yang mana kini pengguna berkenaan telah mula berjaya mengawal tetikus dan mengerakkan ia pada skrin dengan hanya berfikir.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan perlu melalui pelbagai fasa ujian lagi sebelum mengetahui beberapa perkara dan perkembangan dengannya.
Neuralink melalui penawaran mereka menyasarkan untuk membantu mereka yang lumpuh dan menghadapi kehilangan sesuatu keupayaan untuk dapat mengawal sejumlah perkara melalui minda.
Pihak Neuralink masih tidak berkongsi lanjut berkenaan komen terbaharu Elon Musk ini. -Amanz
#Elon Musk #Neuralink #Spaces #pengimplanan cip