KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkata ia dengan jelas dan tidak berbelah-bahagi menggesa AirAsia X Bhd (AAX) menilai semula cadangannya untuk menganggap pengguna perjalanan udara sebagai pemiutang dan hanya membayar 0.5% daripada nilai tiket yang dibeli seperti yang diumumkan pada 18 Oktober 2021.
MAVCOM berkata, ia mengambil pandangan bahawa pengguna perjalanan udara tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai pemiutang kerana pengguna perjalanan udara tidak, antara lain, menjual sebarang produk, menyediakan perkhidmatan atau membuat pinjaman kepada AAX tetapi sebaliknya telah membayar wang bagi pembelian tiket sebagai pendahuluan untuk penerbangan mereka.
"Oleh itu, MAVCOM mengulangi pendiriannya bahawa AAX harus membayar balik pengguna perjalanan udara untuk tiket yang telah dibeli.
''Jika AAX gagal membayar balik pengguna perjalanan udara yang terjejas dengan sewajarnya, MAVCOM tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasanya di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771)," kata pengawal selia penerbangan awam itu dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya penerbangan itu menekankan komitmennya untuk melaksanakan tugasnya di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia bagi memastikan hak pengguna perjalanan udara dilindungi.
Pada 11 November 2021, MAVCOM menghantar surat kepada AAX sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan penstrukturan semula hutangnya yang berterusan.
Menurut MAVCOM, AAX sudah berulang kali dalam surat-menyuratnya dengan MAVCOM dan dalam kenyataan mereka kepada orang ramai, memberi jaminan bahawa AAX komited untuk membayar balik pengguna perjalanan udara yang tidak dapat terbang kerana pembatalan penerbangan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Nov 13 2021
MAVCOM mengulangi pendiriannya bahawa AAX harus membayar balik pengguna perjalanan udara untuk tiket yang telah dibeli. -Gambar fail/EPA
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.