KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada Khamis mengumumkan bahawa ia telah meluluskan penggabungan antara Korean Air Lines Co, Ltd (Korean Air Lines) dan Asiana Airlines, Inc (Asiana Airlines).
Disebabkan penggabungan itu melibatkan perkhidmatan penumpang antara Korea Selatan dan Malaysia, Korean Air Lines dan Asiana Airlines menyerahkan pemberitahuan secara sukarela dan permohonan mengenai penggabungan itu kepada MAVCOM pada 19 Mac, 2021.
MAVCOM mengambil maklum bahawa penggabungan berkenaan bertujuan menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut.
"Asiana Airlines menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat dipulihkan, justeru ia memerlukan penggabungan.
"Selepas mengkaji permohonan tersebut secara menyeluruh, MAVCOM memutuskan bahawa penggabungan itu tidak melanggar seksyen 54 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], melarang sebarang penggabungan yang mengakibatkan pengurangan persaingan (SLC) industri penerbangan yang ketara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MAVCOM berkata keputusan itu adalah kes penggabungan berkaitan persaingan pertama akan dianalisis oleh mana-mana pihak berkuasa yang menguruskan persaingan atau pengawal selia di Malaysia.
"Sebagai satu-satunya pengawal selia di Malaysia berperanan memutuskan perkara berkaitan persaingan untuk rancangan penggabungan dan penggabungan, penggabungan diluluskan MAVCOM antara Korean Air Lines dan Asiana Airlines ini dibuat selepas mempertimbangkan sepenuhnya maklumat dan maklum balas yang disampaikan oleh semua pihak termasuk pasukan penyelidik dan penganalisis MAVCOM sendiri," kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim.
Keputusan penggabungan itu menekankan bahawa Bahagian VII: Akta Persaingan 771 setaraf dengan piawaian antarabangsa untuk undang-undang persaingan serta kemampuan MAVCOM untuk melakukan kerja-kerja analisis mengenai persaingan yang relevan untuk penggabungan dalam memastikan perlindungan dan pembangunan sektor penerbangan Malaysia yang berterusan, katanya.
Dalam keputusan muktamadnya, suruhanjaya itu berkata bahagian pasaran Korean Air Lines dan Asiana Airlines bagi penerbangan langsung antara Seoul (Korea Selatan) dan Kota Kinabalu (Malaysia) akan lebih tinggi, penggabungan itu tidak akan menyebabkan kesan kepada satu pihak sahaja atau bertindak sebagai penghalang kepada kemasukan dan pengembangan pasaran yang berkaitan.
Selain itu, MAVCOM berkata penumpang dapat menggunakan kuasa pembeli terhadap syarikat penerbangan itu kerana pertambahan agensi pelancongan dalam talian dan peraturan ketat oleh Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT) yang menghalang pihak penggabungan daripada menaikkan harga secara signifikan.
Penggabungan itu akan menghasilkan kecekapan ekonomi dan faedah sosial yang signifikan seperti peningkatan keselamatan, pengurangan kos latihan serta kecekapan yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan pembaikan, katanya.
Keputusan muktamad mengenai permohonan penggabungan yang diluluskan itu boleh didapati di laman web MAVCOM di www.mavcom.my
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
MAVCOM umum ia telah meluluskan penggabungan antara Korean Air Lines Co, Ltd (Korean Air Lines) dan Asiana Airlines, Inc (Asiana Airlines). -Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Syarikat penerbangan akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.
Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024
Saripuddin berkata pertumbuhan dalam trafik penumpang telah menyerlahkan pemulihan berterusan sektor penerbangan di Malaysia.
Syarikat penerbangan perlu dinilai, diaudit sebelum ASL diberikan - Anthony Loke
Beliau berkata antara aspek utama yang perlu dilihat ialah kemampuan kewangan syarikat terbabit.
AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99
Benyamin Ismail berkata, ia adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas.
Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu
SKS Airways merekodkan ketepatan waktu tertinggi dengan 95 peratus manakala Malaysia Airlines dan AirAsia terendah, pada kadar 74 peratus.
MYAirline mohon maaf, sedia laksana proses pemulangan wang tiket
Kerana masalah kewangan mendalam, MYAirline tidak mampu tawar sebarang pilihan pemulihan segera kepada penumpang yang terkandas
Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines
Batik Air tawar harga penerbangan serendah RM199 ke destinasi tertentu, manakala AirAsia tawar diskaun 50 peratus.
Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023
Mavcom meluluskan 57 permohonan Hak Trafik Udara (ATR) pada suku kedua 2023, yang terdiri daripada 45 laluan udara antarabangsa dan 12 laluan domestik.
Isu penerbangan: Adu terus kepada Mavcom
Apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN.
Adib "Abang Biasa", nak biasa-biasa sahaja
Menurutnya, dia sudah menerima beberapa tawaran namun baginya belum tiba masa untuk dia masuk ke dalam industri seni.