KUALA LUMPUR: Malayan Banking Berhad (Maybank) bakal meningkatkan kadar asas dan kadar pinjaman asas sebanyak 25 mata peratusan bermula Jumaat, (8 Julai 2022) selaras dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Dalam satu kenyataan, Maybank berkata serentak itu kadar asas (BR) disemak semula kepada 2.25 peratus berbanding 2 peratus sebelum ini, dan kadar pinjaman asas (BLR) dilaras kepada 5.90 peratus setahun berbanding 5.65 peratus.

“Kadar Asas Islamik dan Kadar Asas Pembiayaan akan turut ditingkatkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus dan 5.65 peratus kepada 5.90 peratus masing-masing,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini. 

Susulan semakan OPR itu juga, kadar deposit tetap Mahbank dan Maybank Islamik juga diubah bermila 8 Julai 2022.