KUALA LUMPUR: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, mencatat pendapatan operasi bersih bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (Q3FY21) meningkat sedikit sebanyak 1.2% kepada RM6.15 bilion daripada RM6.08 bilion sebelumnya berikutan kenaikan 14.3% T-ke-T dalam jumlah pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM4.72 bilion.
Walau bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai (PBT) serta keuntungan bersihnya menurun berikutan pengurangan dalam pendapatan berasaskan fi dan peningkatan kerugian rosot nilai bersih yang lebih ketara berbanding kenaikan dalam pendapatan berasaskan dana.
PBT bagi suku itu berada pada RM2.27 bilion daripada RM2.61 bilion setahun sebelumnya, manakala keuntungan bersih lebih rendah pada RM1.68 bilion berbanding RM1.95 bilion pada Q3FY20 disebabkan oleh penurunan pendapatan berasaskan fi bersih kepada RM1.43 bilion.
Ia didorong terutamanya daripada pendapatan pelaburan dan dagangan yang lebih rendah, berserta kerugian rosot nilai bersih yang lebih tinggi atas peruntukan proaktif tambahan yang dibuat memandangkan tahap perintah kawalan pergerakan yang berbeza-beza merentasi pasaran tempatan Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dilaksanakan pada suku ketiga baru-baru ini.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, walaupun terdapat kesan perintah kawalan pergerakan terhadap prestasi suku ketiga Kumpulan, kecairan dan asas modal Kumpulan yang kukuh akan membolehkannya memanfaatkan peluang pertumbuhan yang muncul dengan pembukaan semula ekonomi.
“Memandangkan Malaysia melihat pemulihan ekonomi pada suku keempat 2021 berikutan kadar vaksinasi yang kukuh dan peningkatan dalam perniagaan serta mobiliti masa lapang dan pelancongan, kami akan menyasarkan diri untuk pertumbuhan baharu dan menyokong para pelanggan dalam memanfaatkan pemulihan ekonomi ini sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata, Kumpulan akan menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan yang telah beralih daripada pemuliharaan kepada pertumbuhan dengan pembukaan semula ekonomi, disamping terus menyokong pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan bersasar.
“Kami akan membantu pelanggan memanfaatkan peluang pertumbuhan yang timbul daripada pemulihan dan supaya mereka dapat mengekalkan diri mereka bergerak ke hadapan dalam persekitaran operasi baharu ini.
"Ini termasuk menyokong pelanggan dalam menerima pendigitalan dalam operasi mereka, meneroka bentuk penyelesaian pembiayaan alternatif dan mempertimbangkan penyelesaian pelaburan yang boleh membantu mengembangkan kekayaan mereka.
''Sementara itu, dalam organisasi, kami sentiasa mencari peluang untuk menambah baik usaha berkenaan dengan agenda iklim dan kemampanan sebagai sebahagian daripada moto untuk sentiasa melakukan perkara yang betul,” ujar beliau.
Keuntungan operasi pra-peruntukan (PPOP) Kumpulan berada pada RM3.33 bilion daripada RM3.37 bilion pada S3TK20.
Sementara itu, kerugian rosot nilai bersih berjumlah RM1.13 bilion berbanding tahun sebelumnya pada RM805.9 juta kerana Kumpulan terus melaksanakan peruntukan proaktif melalui tindanan pengurusan untuk peminjam di bawah program bantuan pembayaran balik dan untuk memudahkan beberapa hapus-kira akaun akibat perintah kawalan pergerakan pada S321.
Untuk sembilan bulan sehingga 30 September 2021 (9BTK21), Kumpulan merekodkan pendapatan operasi bersih sebanyak RM19.15 bilion, iaitu peningkatan 3.8% daripada tahun sebelumnya berikutan pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi sebanyak 15.5% T-ke-T kepada RM14.22 bilion.
Kerugian rosot nilai bersih berkurangan sebanyak 28.3% kepada RM2.56 bilion daripada RM3.57 bilion setahun sebelumnya setelah Kumpulan mendapat manfaat daripada pendirian berhemat awalnya dalam mempercepatkan andaian peruntukan yang berpandangan ke hadapan.
Ini menyebabkan PBT meningkat 22.5% kepada RM8.17 bilion daripada RM6.66 bilion tahun sebelumnya manakala untung bersih meningkat 22.2% kepada RM6.04 bilion berbanding RM4.94 bilion pada 9BTK20.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Nov 26 2021
Maybank catat untung bersih RM1.68 bilion pada Q3FY21. -Gambar fail
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.