Malayan Banking Bhd (Maybank) kini menetapkan kadar asas (BR) dan kadar asas Islam bagi Maybank Islamic, pada 3.20 peratus yang berkuatkuasa hari ini.
Presiden Kumpulan Maybank dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias dalam satu kenyataan hari ini, berkata kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.
Ia akan menjadi kadar rujukan utama bagi semua kadar apungan runcit/pembiayaan baharu oleh Maybank/ Maybank Islamic dan selaras kerangka kadar rujukan baharu yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia.
Penetapan BR itu, katanya, dibuat berdasarkan penanda aras kos dana Maybank/Maybank Islamic, serta keperluan rizab berkanun (SRR).
Komponen lain penetapan nilai pinjaman seperti risiko kredit peminjam, risiko premium mudah tunai dan kos operasi akan turut dipaparkan dalam satu penyata di atas BR.
Mengikut kerangka baharu itu, kata Abdul Farid, semua pinjaman/ pembiayaan baharu seperti gadaian, pinjaman unit amanah, pembiayaan margin saham, pinjaman peribadi dan kemudahan overdraf yang dipohon pelanggan individu adalah berdasarkan BR berkenaan.
Pelanggan runcit yang mempunyai pinjaman/pembiayaan sedia ada berdasarkan BLR/BFR, akan terus terikat dengan syarat BLR/BFR berkenaan sehinggalah pinjaman itu selesai/tamat atau dikaji semula, mengikut yang mana sesuai digunapakai.
Bagi pelanggan yang sudah memohon bagi pinjaman/pembiayaan sebelum 2 Jan, 2015 dan diluluskan selepas itu, akan menyaksikan pinjaman mereka dibuat mengikut BLR/BFR yang dinyatakan.
Menurut Farid, BLR Maybank dan BFR Maybank Islamic masa kini, kekal pada 6.85 peratus.
Sehubungan itu, katanya, Maybank/Maybank Islamic akan terus memaparkan maklumat BR dan BLR/BFR di semua cawangan dan laman web syarikat itu.
Bernama
Fri Jan 02 2015
Kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini.
Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus
Semakan semula kadar itu adalah disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus oleh Bank Negara Malaysia.
Ambank turunkan BR, BLR kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus
Ia sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Maybank, Maybank Islamic tetapkan kadar asas pada 3.20 peratus
Kadar asas itu menggantikan kadar asas pinjaman (BLR) dan kadar pembiayaan (BFR), bagi pembiayaan Islam.