Maybank akan menyuntik modal US$100 juta bagi mempercepatkan pertumbuhannya di Filipina yang mana ia lihat akan terdapatnya permintaan yang menggalakkan untuk perkhidmatan kewangan di negara ini dalam beberapa tahun akan datang.
Pengumuman itu dibuat serentak dengan pelancaran ibu pejabat korporat baharu Maybank Filipina di sini oleh Perbendaharaan Negara Filipina, Rosalia De Leon Jumaat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, modal itu akan digunakan untuk mengukuhkan lagi francaisnya dalam menyokong pertumbuhan kerancakan ekonomi serta meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan dalam lingkungan Asean.
Maybank telah melabur US$48 juta untuk ibu pejabat yang dikenali sebagai "Pusat Korporat Maybank" yang terletak di Bonifacio Global City, iaitu pusat komersil yang paling pesat berkembang pada masa ini di Filipina.
Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, yang bercakap pada majlis pelancaran itu berkata, bank telah mengambil pendekatan tidak terlalu menonjol untuk lebih 15 tahun, dan sekarang merupakan masa yang amat sesuai untuk "the tiger go on the move".
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan CEO Maybank Philippines Incorporated (MPI), Herminio Jun Famatigan dan Presiden dan CEO Maybank ATR Kim Eng, Manuel Tordesillas.
Pusat setinggi lima tingkat itu dengan ruang lantai 3,840 meter persegi, akan menempatkan kesemua unit perniagaan MPI yang sebelum ini terletak di Manila dan Taguig.
Maybank telah lama menyifatkan Filipina sebagai satu lagi kawasan pertumbuhan yang berpotensi di rantau Asia Pasifik dan Megat Zaharuddin berkata dalam tahun 2010, bank komersil terbesar di Malaysia itu, telah melabur US$50 juta bagi mengembangkan rangkaian perbankannya di dalam negara.
Terdahulu, di dalam persidangan akhbar, Abdul Wahid memberitahu yang Filipina telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh iaitu 6.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2012.
"Dengan jangkaan rentak pengembangan yang mapan dalam tempoh beberapa tahun akan datang serta pertumbuhan KDNK untuk tahun 2013 sahaja dianggarkan enam hingga tujuh peratus, kami melihat permintaan yang signifikan untuk perkhidmatan kewangan yang Maybank dan anak syarikatnya, Maybank ATR Kim Eng, boleh penuhi di dalam negara," tambah beliau.
Maybank telah beroperasi di Filipina menerusi MPI sejak 1997, dan pada tahun 2011, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pelaburan perbankan dan broker saham di negara itu melalui ATR Kim Eng selepas ia menguasai Kim Eng Holdings.
Bernama
Fri Jan 25 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.