KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan oleh syarikat tempatan dalam memastikan peniaga khususnya bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana peniaga bumiputera dilihat masih kurang berkemampuan mendapatkan ruang perniagaan di premis berkenaan walaupun ada di antara pusat beli-belah dimiliki GLC, disebabkan kadar sewa terlalu tinggi selain faktor persaingan.
"Kerajaan juga mengambil maklum bahawa pemilikan premis perniagaan di pusat beli belah berprestij dan lokasi tumpuan pelancongan oleh golongan bumiputera masih rendah," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) menerusi sidang video semalam yang dipengerusikan olehnya, bagi membincangkan usaha memperkasa dan memperkukuh pembangunan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera.
Mesyuarat itu, katanya turut mencadangkan agar kuota jumlah premis perniagaan milik bumiputera di lokasi strategik diwujudkan selaras dengan usaha meningkatkan daya saing dan mengukuhkan ekonomi Bumiputera.
"Namun kuota ini akan diuruskan dengan cara telus dan adil agar matlamat utama untuk membantu perniagaan bumiputera yang layak dan berpotensi tercapai, tanpa disalah guna sehingga tersasar daripada objektif sebenar, sejajar dengan aspirasi Keluarga Malaysia," katanya.
Ismail Sabri berkata merujuk kepada penglibatan bumiputera dalam perolehan kerajaan, mesyuarat dimaklumkan bahawa syarikat bumiputera telah memperoleh sebanyak 80 peratus daripada nilai kontrak tahunan keseluruhan agensi kerajaan.
Katanya pada masa sama, kerajaan komited untuk memastikan GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut menyokong aspirasi penglibatan syarikat bumiputera dalam perolehan mereka.
Selain itu, Perdana Menteri berkata peluang penyertaan syarikat bumiputera terbuka luas dalam projek pembangunan sistem rangkaian 5G oleh sebuah syarikat milik penuh kerajaan dan mereka akan mendapat manfaat sehingga 60 peratus daripada anggaran keseluruhan kos projek bagi tempoh 10 tahun pelaksanaannya.
"Sekali lagi, sistem perolehan akan diurus dengan telus dan adil supaya hanya syarikat bumiputera yang layak atas merit akan mendapat manfaat tersebut," katanya.
Berhubung kadar peratusan pemilikan aset oleh bumiputera, khususnya dalam pemilikan perumahan dan premis komersial, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memastikan rumah yang dibina bukan sekadar mampu milik tetapi lebih berkualiti dengan lokasi lebih strategik.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju supaya fungsi dan peranan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) diperkasa dalam memastikan agenda bumiputera akan terus relevan dan kompetitif dengan perkembangan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan akan menubuhkan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) di setiap kementerian dan agensi kerajaan bagi menyelaras semua inisiatif, dasar dan agenda bumiputera seperti yang telah diputuskan di peringkat MKB bagi menambah baik tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan mandat dan fungsi berkaitan bumiputera,
"TERAJU selaku sekretariat MKB turut membentangkan persiapan pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang dijadualkan berlangsung pada 6 Dis ini di Kuala Lumpur.
"Berdasarkan prinsip kesaksamaan peluang dan kesaksamaan keberhasilan TPB2030 dibangunkan TERAJU ini berlandaskan intipati dari Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), didukung oleh Rancangan Malaysia ke-12 yang terangkum dalam konteks Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Ismail Sabri berkata, syarikat bumiputera telah memperoleh sebanyak 80 peratus daripada nilai kontrak tahunan keseluruhan agensi kerajaan. - Gambar fail
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis kesan lelaki kes rakam gambar, video dalam tandas wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli belah di sini pada Selasa lalu.
Enam termasuk kanak-kanak maut ditikam di pusat beli-belah Sydney
Suspek dilapor berjaya ditembak mati di lokasi kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
Syarikat tampil dakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 milik mereka
Siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit.
Budak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah dekat sini pada Ahad.
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah sanitasi
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam tong sampah sanitasi di sebuah pusat beli-belah semalam.
Tiada kecederaan dan kejadian tidak diingini dilaporkan dalam banjir di Subang Parade
Banjir turut melibatkan sebuah kedai elektrik yang berada di bahagian tingkat bawah tanah, namun tidak melibatkan mangsa.
Insiden Siam Paragon: Thailand semak semula undang-undang kawalan senjata api
Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikan.
Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Suasana gempar seketika apabila siling di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Mahkota Cheras, dekat Cheras runtuh pada Isnin.
Perbelanjaan pengguna kekal dalam momentum menaik tahun ini - CMRM
Tan berkata, perbelanjaan pengguna mengekalkan trajektori naik pada separuh pertama tahun ini berbanding tahun lepas.
Paip air panas di pusat beli-belah pecah, 4 pengunjung maut
Rakaman video menunjukkan air panas memenuhi seluruh ruang bangunan dan kepulan wap keluar dari rekahan pintu dan tingkap.