Syarikat Amerika Syarikat, Micron Technology Incorporated, akan menyuntik RM1.5 billion di Malaysia dalam masa lima tahun untuk membina pusat kecemerlangan bagi pemasangan dan pengujian pemacu canggih.
Ini adalah peningkatan dalam pelaburan syarikat berkenaan selepas operasinya di Muar, Johor, yang menghasilkan litar bersepadu memori canggih sejak 2010, bernilai RM907.5 juta dan menggaji 1,028 pekerja (89 peratus rakyat Malaysia).
Naib Presiden Kanan Operasi Pengurusan Micron Technology, Gursharan Singh, berkata projek terbaharu itu, termasuk menghasilkan penstoran canggih 3D dan pakej memori, akan meningkatkan profil syarikat sebagai lokasi pilihan untuk penstoran generasi akan datang dan produk memori.
"Kami sedang berkembang di peringkat global dan Malaysia adalah pelaburan terbaharu kami dan menjangka akan memulakan pembinaan pada setengah tahun pertama 2019 dengan operasi penuh dalam tempoh dua tahun," katanya pada sidang media berhubung pelan pengembangan syarikat berkenaan di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
Gursharan berkata, syarikat berkenaan memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pusat berkenaan dan akan menggaji 1,000 pekerja.
Beliau menyatakan bahawa pengembangan Micron Technology di Malaysia menyokong strategi syarikat berkenaan untuk membina model kapasiti global yang berskala, tangkas dan mantap.
"Lokasi kemudahan itu di Pulau Pinang bagi pengeluaran SSD akan meningkatkan pusat kecemerlangan NAND kami di Asia Tenggara, yang dibina dengan kehadiran kami di Malaysia dan Singapura, bagi memastikan fokus berterusan dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan selain menarik serta mengekalkan bakat terbaik," tambahnya.
Sementara itu, Darell berkata, kemudahan Micron Technology di Pulau Pinang akan mengukuhkan ekosistem elektrik dan elektronik tempatan memandangkan ia akan bersepadu dengan automasi pengeluaran SSD dan proses pengeluaran Industri 4.0 terbaik di dalam kelasnya.
"Micron Technology akan menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan serta pelan untuk berkerjasama dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima universiti tempatan.
"Ini akan menyumbang dalam meningkatkan kemahiran bakat di Malaysia dengan menerapkan kemahiran industri teknologi baharu dan pengetahuan profesional," katanya.
Darell berkata, syarikat tempatan juga boleh meneroka peluang untuk bekerjasama dengan Micron Technology dalam bidang robotik, automasi, data raya dan kecerdasan buatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 30 2018
syarikat tempatan juga boleh meneroka peluang untuk bekerjasama dengan Micron Technology dalam bidang robotik, automasi, data raya dan kecerdasan buatan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.