KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan trend kenaikan ringgit akan berterusan dan secara puratanya lebih kukuh kepada RM4.20 dan mencecah paras RM4.00 berbanding dolar AS pada penghujung tahun ini, disokong oleh ekonomi domestik yang optimis.
Ia berkata mata wang tempatan itu berada dalam kedudukan yang baik untuk mengukuh memandangkan ekonomi domestik berada pada momentum yang memberangsangkan dan sebagai pengeksport komoditi bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minyak sawit, ia dijangka mendapat keuntungan daripada kenaikan harga komoditi global dan lebihan dagangan yang berterusan.
Katanya apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS berhasrat untuk mengurangkan pengetatan dasarnya, ringgit mula memulih sejak awal November 2022.
"Di antara awal November 2022 dan akhir Januari 2023, ringgit mengalami kenaikan nilai sebanyak 11.9 peratus daripada hampir RM4.75 kepada RM4.24, paras paling kukuh sejak April 2022," katanya dalam nota kajian hari ini.
Bagaimanapun, berlakunya pembalikan pantas mengakibatkan ringgit, dan mata wang serantau lain menyusut lagi sehingga pertengahan Mac 2023; ringgit melemah daripada RM4.24 pada penghujung Januari 2023 dan berlegar sekitar RM4.50 menjelang pertengahan Mac.
Ini disebabkan pelabur mahukan lebih banyak dolar kerana menjangkakan lebih banyak kenaikan oleh Fed sebagai reaksi terhadap data inflasi AS yang lembab.
Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd juga berkata kegawatan sektor perbankan baru-baru ini membawa kepada peralihan dalam sentimen pasaran, dengan Fed sekali lagi dijangka melakukan kenaikan kecil (dan mungkin mengurangkan kadar kemudian) tahun ini.
Ini mengembalikan naratif dolar yang lemah dan meningkatnya sokongan kepada ringgit dan mata wang lain.
Dengan Fed juga membayangkan untuk menamatkan siri kenaikan kadarnya, ringgit menambah nilai ke arah RM4.40 pada hari berikutnya selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan membuat keputusan pada Mac 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Ringgit berada dalam kedudukan yang baik untuk mengukuh memandangkan ekonomi domestik berada pada momentum yang memberangsangkan. - Reuters
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.