KUALA LUMPUR: Misi perdagangan ke Turkiye melibatkan 10 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia baru-baru ini telah berjaya menjana jumlah nilai dagangan sebanyak RM1.1 bilion, di sebalik kesan pandemik dan cabaran global.
Misi ke Istanbul dan Sakary yang berlangsung dari 26 Februari hingga 6 Mac 2023 telah diketuai oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Dewan Perniagaan dan Industri Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI)).
"Sepanjang misi sembilan hari itu, sebanyak 97 siri perbincangan perniagaan mengenai penyumberluaran produk dan perkhidmatan telah diadakan, melibatkan 72 syarikat Turki dan 10 syarikat Malaysia dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, penjagaan kesihatan peribadi, minyak dan gas serta sistem solar," kata SME Corp dalam satu kenyataan pada Isnin.
Inisiatif tersebut membuktikan usaha berterusan Malaysia untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi dengan mewujudkan peluang akses pasaran kepada usahawan tempatan untuk meneroka pasaran Turkiye.
Minat mendalam yang ditunjukkan oleh syarikat Turkiye semasa misi perdagangan tersebut menjadi pemangkin utama dalam menyokong pengantarabangsaan PKS kedua-dua negara.
Delegasi Malaysia juga diberikan pendedahan mengenai peraturan dan undang-undang import Turkiye, keperluan perniagaan serta ciri-ciri pasaran tempatan melalui siri seminar, lawatan tapak, sesi pemadanan perniagaan dan peluang rangkaian.
Pihak yang terlibat dari Turkiye adalah Small and Medium Enterprise Development Organisation of Turkiye (KOSGEB), Turkiye Halal Certification Body (GIMDES), Independent Industrialist and Businessmen's Association (MUSIAD), Dewan Perdagangan GEBZE, Dewan Perdagangan KOCAELI dan Dewan Perdagangan SAKARYA.
Misi itu juga menyaksikan beberapa komitmen Usahasama (JV) dipersetujui melibatkan PS Polypack Sdn Bhd dengan Pimtas Plastik, Agym Nutrition Sdn Bhd dengan Yeni Elif dan Avecena Glove Sdn Bhd dengan Gebze Guzeller serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petro Teguh (M) Sdn Bhd dan Asas Corporation dari Turkiye.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata: "Misi ini adalah sebahagian daripada usaha SME Corp. Malaysia untuk meningkatkan keupayaan praeksport PKS serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti perniagaan Malaysia menerokai pasaran global."
SME Corp juga menawarkan beberapa inisiatif lain untuk menyokong pengantarabangsaan PKS melalui Program Pengukuhan Eksport PKS yang telah dibuka untuk permohonan mulai 15 Mac 2023
Program berkenaan menggalakkan transformasi PKS ke pasaran global dengan mewujudkan rangka kerja berasaskan pasaran melalui penyediaan bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan untuk pelbagai aktiviti berkaitan eksport.
"Bagi meningkatkan penjenamaan di peringkat global, SME Corp juga melaksanakan program National Mark of Malaysian Brand (NMMB), satu program pensijilan yang melambangkan kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan PKS Malaysia yang setanding dengan standard antarabangsa," kata Rizal.
Malaysia dan Turkiye menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang dimeterai pada 1 Ogos 2015.
Setakat Disember 2022, kadar purata pertumbuhan tahunan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turki adalah 34 peratus, menunjukkan masih banyak ruang untuk sektor perniagaan memanfaatkan MTFTA.
Pada tahun 2022, Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Turkiye di ASEAN manakala Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kalangan negara Asia Barat dengan jumlah eksport Malaysia ke Turki berjumlah RM17.39 bilion pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Misi ke Istanbul dan Sakary yang berlangsung dari 26 Februari hingga 6 Mac 2023 telah diketuai oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp). - Unsplash
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Vietnam, Malaysia miliki potensi besar untuk kerjasama perdagangan
Kedua-dua negara dapat memanfaatkan perjanjian perdagangan serantau seperti RCEP dan CPTPP bagi meningkatkan hubungan dagangan mereka.
Forum Perniagaan Rusia-ASEAN: Perkukuh kedudukan Rusia dalam pasaran Asia Tenggara
Forum Perniagaan Antarabangsa 'Dunia Peluang: Rusia-ASEAN yang julung kali diadakan di sini berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Rusia sebagai pemain utama dalam perdagangan Asia Tenggara.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan kepada 50 peratus
Perkara itu dicapai hasil pertemuan singkat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.