PUTRAJAYA: Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Mengulas Sorotan Pasaran Buruh, Suku Pertama 2022 (LMR ST1 2022) yang diterbitkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sejak awal tahun ini, kerajaan secara berterusan telah mengurangkan langkah-langkah kawalan yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lepas, selaras peralihan semua negeri ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Semakin ramai yang menjalankan aktiviti perniagaan dan sosial dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard sekali gus mendorong kepada peningkatan mobiliti dalam dan antara negeri.
"Memandangkan keadaan hampir kembali normal, aktiviti sosioekonomi yang lebih rancak berterusan pada suku tahun tersebut, oleh itu, ekonomi berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022 selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada suku sebelumnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dari perspektif penawaran buruh suku pertama 2022, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja meningkat 2.2 peratus kepada 15.57 juta orang, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya yang merekodkan 15.24 juta orang.
Sebaliknya, bilangan penganggur terus berkurang sebanyak 13 peratus kepada 671,200 orang (ST1 2021: 771,800), sehubungan itu kadar pengangguran jatuh 0.7 mata peratus kepada 4.1 peratus selepas menurun kepada (ST1 2021: 4.8 peratus).
Mohd Uzir berkata magnitud pertumbuhan guna tenaga yang lebih besar berbanding penurunan dalam pengangguran, mendorong kepada peningkatan bilangan tenaga buruh sebanyak 1.5 peratus kepada 16.25 juta orang pada suku tahun ini.
Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) naik 0.4 mata peratus kepada 69 peratus (ST1 2021: 68.6 peratus), katanya.
"Walaupun KPTB ini merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak suku pertama 2020, kadar ini adalah 0.1 mata peratus lebih rendah berbanding yang direkodkan pada suku keempat 2019 iaitu suku tahun sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Memandangkan seluruh negara berada dalam fasa akhir PPN sejak Januari 2022, beliau berkata pasaran buruh Malaysia pada suku pertama 2022 semakin meningkat berbanding suku sama pada 2021.
Katanya pasaran buruh juga menunjukkan kedudukan yang lebih baik berbanding suku sebelumnya meskipun pada kadar yang lebih perlahan.
"Dengan normalisasi aktiviti sosial dan ekonomi sepanjang suku kedua 2022, dijangka akan merangsang kedudukan pasaran buruh dari segi peningkatan permintaan oleh industri dan penurunan berterusan bilangan penganggur," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Bilangan penduduk bekerja meningkat 2.2 peratus kepada 15.57 juta orang, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya yang merekodkan 15.24 juta orang.- Gambar hiasan/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Belanjawan 2024.
PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.
Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.