KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service hari ini mengekalkan penarafan penerbit jangka panjang mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar kanan mata wang tempatan kerajaan Malaysia pada A3 dengan prospek stabil.
Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan itu berkata pengekalan penarafan itu mencerminkan jangkaan Moody's bahawa kepelbagaian dan daya saing ekonomi Malaysia serta akses kerajaan kepada sumber pembiayaan domestik yang kukuh akan berterusan berikutan kekuatan kredit, membantu mengurangkan risiko fiskal yang meningkat akibat pandemik COVID-19, termasuk beban hutang yang meningkat dan kemampuan hutang yang rendah.
Menurut Moody's, pihaknya turut menjangka institusi penggubal dasar ekonomi utama di negara ini akan mengekalkan kredibiliti dan kebebasan mereka walaupun cakap-cakap politik meningkat yang telah membawa kepada empat perubahan dalam kerajaan sejak 2018, walaupun tekanan sosial boleh menjejaskan keazaman penggubal dasar untuk melaksanakan pembaharuan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Katanya prospek stabil mencerminkan pandangan Moody's bahawa risiko terhadap profil kredit kekal konsisten dengan tahap penarafan A3 berdasarkan andaian semasa.
"Dari aspek positif, prestasi dan daya tahan ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk diperkukuh dengan kemasukan pelaburan asing dalam industri bernilai tinggi apabila syarikat menyusun semula rantaian bekalan serantau mereka, menyokong tahap pertumbuhan yang lebih kukuh daripada yang kita jangkakan pada masa ini," katanya.
Agensi penarafan itu pada masa yang sama mengekalkan penarafan mata wang asing ke atas hutang tidak bercagar kanan disokong yang diterbitkan oleh Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, Malaysia Sukuk Global Bhd dan Malaysia Wakala Sukuk Bhd, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, pada A3.
Moody's berpandangan kewajipan pembayaran adalah kewajipan langsung kerajaan.
Agensi penarafan itu juga berkata siling negara mata wang tempatan dan asing Malaysia, masing-masing kekal tidak berubah pada Aa1 dan Aa2.
Katanya jurang lima takuk antara siling mata wang tempatan dan penarafan berdaulat disokong oleh institusi penggubal dasar yang kekal telus dan berkesan walaupun terdapat ketidaktentuan politik baru-baru ini, serta kedudukan luar negara yang kukuh.
"Jurang satu takuk antara siling mata wang asing dan siling mata wang tempatan mengambil kira langkah Malaysia sebelum ini dalam mengenakan kawalan modal, walaupun saiz simpanan domestik dan dasar yang berkesan mengurangkan risiko aliran modal yang tidak menentu serta potensi pemindahan dan sekatan kebolehtukaran dalam senario kebarangkalian yang amat rendah untuk kerajaan melihat kepada keperluan untuk mengenakannya.
"Siling ini biasanya menjadi had terhadap penarafan yang boleh diberikan kepada kewajipan entiti lain yang berada di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Moody's turut menjangka institusi penggubal dasar ekonomi utama di negara ini akan mengekalkan kredibiliti dan kebebasan mereka. - Gambar hiasan/Unsplash
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil
Menurut kenyataan itu, unjuran stabil tersebut adalah seiring dengan prospek stabil ke atas penarafan Malaysia.
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.