KUALA LUMPUR: Penggiat industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk menyemak semula harga siling gula di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah dan muatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Feizal Syed Mohammad berkata, ketika ini harga gula bertapis borong domestik dihadkan pada RM2.69 sekilogram.
"Anggarannya adalah pada sekitar 20 peratus kenaikan (dalam kos input) secara asasnya apabila anda menggabungkan semua kos input. Ini telah kami kongsikan kepada kerajaan.
"Gula adalah industri yang paling boleh bertahan berbanding yang lain. Sejak 2011 sehingga kini, kami hanya mengalami kenaikan bersih satu sen bagi sekilogram gula dan ia tidak berbaloi berbanding inflasi dan kos-kos lain," katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan kumpulan hari ini.
Syed Feizal berkata pengeluar gula utama tempatan termasuk MSM dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah melaksanakan libat urus secara menyeluruh dengan beberapa kementerian dalam tempoh beberapa bulan lepas.
Beliau berkata, susulan daripada libat urus dan perbincangan yang dilaksanakan, pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensif.
"Perkara tersebut sedang ditelitikan, dan setakat ini nampak ada sokongan positif, tetapi saya tidak mahu menjawab bagi pihak kerajaan. Terpulang kepada budi bicara kerajaan, dan dalam masa terdekat ini, mungkin kita mendapat maklum balas," katanya.
Ditanya mengenai impak kenaikan harga gula kepada isi rumah, Syed Feizal berkata kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan yang besar terhadap segmen itu.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021, MSM menjangkakan cabaran yang lebih besar dengan peningkatan kos pengeluaran utama.
Kos penapisan bagi kumpulan ini telah mencatatkan peningkatan 28 peratus, dipacu terutamanya oleh kenaikan 86 peratus kos gas pada suku tersebut yang berakhir 31 Mac, 2022.
Sebagai satu daripada inisiatif pengurangan, Syed Faizal berkata MSM telah melindung nilai harga gula mentah.
"Pihak lembaga pengarah telah memberi mandat kepada pengurusan untuk membeli (bahan mentah) dua tahun akan datang. Untuk 2022, kami telah melindung nilai di bawah pasaran pada 16 hingga 17 sen AS setiap paun berbanding harga pasaran sebanyak 19 sen AS setiap paun," katanya.
Melangkah ke hadapan, Syed Feizal berkata MSM akan meneroka perkongsian strategik untuk mengukuhkan segmen eksport dan memperlihatkan lebih banyak nilai sinergi pada 2022 bagi memastikan pulangan yang konsisten dan nilai pemegang saham yang lebih besar sebagai pengeluar gula bertapis premium yang utama di negara ini.
"Dari segi eksport, kami akan menghasilkan kira-kira 250,000 tan tahun ini berasaskan penghantaran dengan kontrak yang ditandatangani sekitar 300,000 tan setahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Ketika ini harga gula bertapis borong domestik dihadkan pada RM2.69 sekilogram. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.
India minta enam juta metrik tan minyak sawit dari Malaysia - TPM Fadillah
Eksport minyak sawit mentah (MSM) ke India terus memberi perkembangan positif apabila permintaan MSM negara itu meningkat kepada enam juta tan metrik.
Ketua Pegawai Kewangan MSM diarah bercuti untuk mudahkan siasatan dalaman
Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.
Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya
Minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan.
Stok minyak sawit Malaysia susut 6.56 peratus pada Februari 2023
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
MSNR rapatkan jurang pendapatan pekebun dan peladang kecil - Fadillah
Malaysia bakal memperkenalkan garis panduan baharu pembangunan industrI getah yang dikenali sebagai Malaysia Sustainable Natural Rubber (MSNR).
Stok minyak sawit Malaysia dijangka meningkat kepada 2.5 juta tan pada akhir Oktober
CGS-CIMB Research yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022.
India import 353,556 tan minyak sawit Malaysia pada Ogos 2022
Import minyak sawit India dari Malaysia pada Julai berjumlah 237,778 tan dan daripada jumlah itu, 215,064 tan ialah MSM.