KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan untuk menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Syed Feizal Syed Mohammad berkata tiada garis masa dalam hal itu dan menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskannya.
Bagaimanapun, beliau berkata semakan semula itu perlu dilakukan sewajarnya.
"Jaminan kami adalah untuk negara dan rakyat, namun pada masa yang sama, kami juga perlu menjalankan operasi yang meraih keuntungan.
"Kami sedang dalam perundingan dengan kerajaan agar mereka memahami tekanan kos kami, (daripada) penghantaran barangan muatan, tenaga gas dan pergerakan pertukaran asing," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya MSM Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah, kilang penapisan gula akan terus beroperasi untuk keselamatan makanan di negara ini.
Syed Feizal berkata impak kenaikan harga gula dijangka tidak memberi kesan yang ketara kepada isi rumah.
Harga gula bertapis telah dinaikkan sebanyak 11 sen pada 2017, manakala pengurangan harga 10 sen bagi setiap sekilogram diumumkan pada 2018 dan menyebabkan kenaikan satu sen pada 2011.
Ketika ini, harga runcit gula putih kasar adalah RM2.85 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Impak kenaikan harga gula dikatakan tidak memberi kesan yang ketara kepada isi rumah. - Gambar fail/ Bernama
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino
Keadaan itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN
Salahuddin berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin
Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu.
MSM Malaysia minta kerajaan semak semula harga gula
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan untuk menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan.
Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kejatuhan nilai Ringgit di peringkat global turut menjadi penyumbang kepada kenaikan tersebut.
Hapus subsidi gula, peniaga minuman ambil sikap 'tunggu dan lihat'
Tinjauan di kedai-kedai makan sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui masih belum lagi menaikkan harga minuman.