Kehadiran syarikat dari negara-negara Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia tidak bermakna negara akan dijajah semula, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata hakikatnya, syarikat-syarikat berkenaan sudahpun beroperasi di Malaysia kerana kerajaan sentiasa menggalakkan pelaburan asing.
"Ramai profesional dan rakyat Malaysia sedang bekerja dalam pelbagai sektor di luar negara termasuklah negara TPP seperti Australia, New Zealand, Singapura dan Brunei.
"Jika kehadiran syarikat dan profesional Malaysia di luar negara tidak bermakna kita menjajah negara-negara tersebut, maka kehadiran mereka di sini tidak semestinya bermakna kita akan dijajah semula," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Mustapa, masyarakat harus menyedari realiti bahawa pasaran Malaysia adalah terhad dan syarikat serta profesional Malaysia telah lama meneroka peluang di luar negara.
Sehingga Jun 2015, pelaburan Malaysia di luar negara bernilai kira-kira RM522 bilion, melebihi pelaburan asing di dalam negara yang bernilai RM477 bilion, katanya.
Menurutnya lagi penyertaan Malaysia dalam TPP tidak bermakna negara akan menerima sistem ekonomi kapitalis secara total.
Penyertaan dalam TPP juga tidak bermakna bahawa insititusi-institusi bumiputera seperti Mara dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan terpinggir, katanya.
"Sebaliknya, Malaysia akan terus menjayakan model pembangunannya sendiri yang memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif," kata beliau.
Mengenai dominasi Amerika Syarikat, Mustapa berkata Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 200 negara di seluruh dunia, dan Amerika Syarikat merupakan rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia.
Kerajaan berpendapat, secara keseluruhannya perjanjian TPP mewujudkan situasi menang-menang bagi setiap negara yang terlibat.
"Kita berpeluang untuk memasarkan produk seperti tekstil, elektronik, produk sawit dan beberapa barangan lain pada harga yang lebih kompetitif ke pasaran TPP termasuklah Amerika Syarikat yang merupakan pasaran pengguna terbesar di dunia," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata penyertaan Malaysia dalam TPP tidak akan sama sekali menjejaskan hubungan ekonomi antara Malaysia dan China.
Malaysia merupakan penyokong kuat inisiatif ekonomi One Belt, One Road yang diterajui oleh China, katanya.
Selain itu Malaysia bersama negara-negara ASEAN lain juga sedang merundingkan Perjanjian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang melibatkan 16 negara termasuk China, kata Mustapa.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kerajaan berpendapat faedah penyertaan dalam TPP adalah lebih banyak daripada keburukan, katanya.
Bernama
Fri Nov 13 2015
Kerajaan berpendapat, secara keseluruhannya perjanjian TPP mewujudkan situasi menang-menang bagi setiap negara yang terlibat-Gambar Fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
TPPA tingkat prestasi ekonomi, daya saing negara di platform antarabangsa - Mustapa
TPPA tidak akan memberi impak negatif yang besar kerana Malaysia ketika ini, ia sudah pun mempunyai 13 Perjanjian Pelaburan Bebas (FTA), kata Mustapa.
Malaysia tidak akan meterai TPPA di Hawaii, kata Mustapa
Malaysia tidak akan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai ini.
Keputusan TPPA dalam suku ketiga tahun ini - Tok Pa
Malaysia akan membuat keputusan mengenai penyertaannya dalam TPPA pada suku ketiga tahun ini, selepas semua perbincangan selesai, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Negara sasar tarik pelaburan RM56 bilion dalam sektor pembuatan - Tok Pa
Malaysia menyasar menarik pelaburan bernilai RM56 bilion dalam sektor pembuatan pada 2015, sasaran lebih sederhana berbanding RM71.9 bilion yang diterima negara tahun lepas.
Kerajaan tiada insentif khusus bantu Proton bersaing di Asia Tenggara - Mustapa
Kerajaan tidak mempunyai sebarang insentif yang khusus dari segi automatif untuk menggalakkan Proton dan Honda bergabung termasuk bersaing di Asia Tenggara.
Menang PRK Pengkalan Kubor hadiah hari jadi terbaik untuk saya - Tok Pa
Mustapa Mohamed menyifatkan kemenangan calon BN Mat Razi Mat Ail pada PRK DUN Pengkalan Kubor merupakan hadiah hari lahir yang terbaik dalam hidupnya.
Malaysia di landasan tepat bangunkan sistem pendidikan dan kewangan Islam - Tok Pa
Malaysia berada di landasan yang tepat dalam membangunkan sistem pendidikan dan kewangan Islam sehingga diiktiraf negara luar sebagai pakar dalam membangunkan kedua-dua institusi itu.