KUALA LUMPUR: Disebabkan lonjakan permintaan untuk promosi Istimewa Ramadan, MYAirline mengumumkan jualan kilat istimewa selama dua hari sebagai tanda terima kasih kepada pelanggannya.

MYAirline dalam satu kenyataan memaklumkan, tambahan baharu pada Istimewa Ramadan tersedia untuk pembelian pada 27 dan 28 Februari 2023 sahaja, dengan tarikh perjalanan dari 20 Mac hingga 13 April 2023.

Katanya, tarikh tersebut tersedia dengan tambang serendah RM59 ke Pulau Pinang dan Kota Bharu, RM79 ke Langkawi, RM119 ke Sibu, Miri dan Kuching, RM169 ke Kota Kinabalu dan RM189 ke Tawau.

"Tambang semua terdiri daripada tambang penerbangan dan surcaj lain, tetapi sebagai bonus, MYAirline menambah kemudahan daftar masuk bagasi sejumlah 15 kilogram dan pemilihan tempat duduk secara percuma untuk promosi ini," katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran promosi penerbangan tersebut boleh melayari laman web myairline.my atau aplikasi MYAirline melalui Apple App Store dan Google Play Store. - DagangNews.com