Malaysia mencatat lebihan dagangan bagi 208 bulan berturut-turut pada Februari 2015, dengan nilai sebanyak RM4.52 bilion, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Perdagangan pada bulan tersebut berjumlah RM101.81 bilion dengan eksport dan import, masing-masing bernilai RM53.17 bilion dan RM48.65 bilion, berbanding RM58.91 bilion dan RM48.48 bilion pada Februari tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata prestasi tersebut adalah sama dengan negara serantau lain yang mencatatkan pertumbuhan perdagangan lebih rendah bagi Februari 2015.
"Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan itu ialah harga komoditi yang rendah, permintaan global yang lemah terutamanya di China dan Kesatuan Eropah serta hari bekerja yang lebih pendek," katanya.
Bagi tempoh dua bulan secara kumulatif, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM13.48 bilion dengan jumlah perdagangan bernilai RM220.07 bilion, yang terdiri daripada RM116.77 bilion bagi eksport dan RM103.29 bilion (import).
Pada Februari, MITI berkata, sumbangan eksport barangan pembuatan kepada jumlah eksport Malaysia naik 78 peratus yang bernilai RM41.45 bilion berbanding 75.4 peratus dicatatkan pada bulan sama tahun lepas.
Jumlah eksport lebih tinggi dilihat dalam jentera, perkakasan dan peralatan (mesin pemprosesan makanan dan peralatan), peralatan saintifik dan optik, tekstil, pakaian dan kasut serta makanan diproses.
Bagaimanapun, eksport produk petroleum ditapis merosot sebanyak RM1.59 bilion dengan purata nilai seunit (AUV) rendah sebanyak 32.5 peratus, memberi kesan kepada prestasi eksport barangan pembuatan, kata MITI.
Eksport barangan perlombongan pada Februari bernilai RM7.2 bilion, menyumbang 13.5 peratus kepada jumlah eksport Malaysia.
Prestasi sektor itu terjejas berikutan penurunan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.
Eksport LNG susut berikutan penurunan AUV dan jumlah dagangan, masing-masing sebanyak 8.7 peratus dan 5.5 peratus, manakala bagi petroleum mentah, ia berikutan AUV lebih rendah sebanyak 46 peratus, kata MITI.
Katanya eksport barangan pertanian turun sebanyak 24.6 peratus kepada RM4.16 bilion susulan penurunan eksport minyak sawit sebanyak RM1.06 bilion, disumbangkan oleh AUV dan jumlah dagangan yang lebih rendah.
Pertumbuhan eksport yang dicatatkan bagi pasaran ASEAN (27.6 peratus), Jepun (13.3 peratus) dan Amerika Syarikat (8.2 peratus).
Daripada 10 pasaran EU yang utama, tujuh -- Belanda, United Kingdom, Perancis, Belgium, Poland, Greece dan Sweden -- mencatatkan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi pada Februari.
Perdagangan dengan EU, bernilai RM10.98 bilion, naik sebanyak 10.1 peratus, dengan eksport sebanyak RM5.2 bilion, katanya.
Sementara itu, eksport ke China berjumlah RM5.79 bilion.
Aktiviti pembuatan China yang perlahan menyebabkan beberapa eksport merosot, iaitu minyak sawit, produk elektrik dan elektronik, pengeluaran logam (katod tembaga halus), produk getah (getah kompaun), getah asli mentah dan produk petroleum, menurut MITI.
Bagaimanapun, beberapa produk eksport mencatatkan peningkatan seperti jentera, perkakasan dan peralatan (alat ganti dan aksesori mesin untuk pembuatan semikonduktor) serta produk kimia dan kimia (polimer etilena dalam bentuk utama).
Bagi import pada February, terdapat pertumbuhan yang minimum sebanyak 0.4 peratus kepada RM48.65 bilion berbanding bulan sama pada 2014.
Barangan pengantara bernilai RM29.36 bilion atau 60.3 peratus daripada jumlah import, diikuti barang modal (RM6.89 bilion) dan barangan penggunaan (RM3.93 billion).
Produk import utama ialah produk elektrik dan elektronik bernilai RM13.92 bilion, produk petroleum (RM5.76 bilion), produk kimia dan kimia (RM4.66 bilion) dan jentera, perkakasan dan peralatan (RM3.88 bilion), menurut MITI.
Katanya China merupakan sumber import utama Malaysia yang menyumbang RM8.73 bilion, diikuti Singapura (RM5.37 bilion), Jepun (RM4.11 bilion) dan Amerika Syarikat (RM3.56 bilion).
Bernama
Fri Apr 03 2015
MITI: Negara catat RM4.52 bilion lebihan dagangan pada Februari - Gambar fail
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
MH370: Pencarian dasar laut diteruskan
Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat MH370.
MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC
Operasi pencarian pesawat MH370 diteruskan dengan penglibatan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut
Pencarian fasa yang seterusnya itu mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana permukaan dasar lautan tidak sama dengan permukaan daratan.