GUA MUSANG: Kerajaan perlu mengatasi krisis ringgit dengan menumpukan kepada pembaikan pasaran tukaran mata wang asing bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus merosot sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.
Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah memberi cadangan itu supaya nilai ringgit tidak terus jatuh, bahkan dapat dipertingkatkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bekas Menteri Kewangan itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, nilai ringgit dijangka terus merosot dalam masa terdekat.
"Kalau kita tak ambil tindakan segera, kita akan berhadapan dengan masalah. Bukan masalah ekonomi sahaja, masalah sosial dan mungkin akan jadi huru-hara dan sebagainya.
"Ia termasuk demonstrasi, terutama sekali oleh orang yang tidak berada. Dan, kemungkinan ringgit kita akan merosot daripada sekarang.
"Sekarang pun, dua hari lepas, harga ringgit dah turun kepada RM4.40 berbanding AS$1. Dan ini akan menjadi lebih teruk.
"Dikatakan, akhir tahun ini ramalannya ringgit kita akan jatuh kepada RM5.50 bagi AS$1. Kalau ini berlaku, sudah tentu susah kita hendak beli barang-barang yang terpaksa diimport," katanya.
Tengku Razaleigh berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 2, di sini, hari ini.
BACA: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
BACA: Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS ekoran bimbang kemelesetan ekonomi
Menurut Ku Li, rakyat kini terbeban dengan masalah harga barangan asas dan makanan yang tinggi dan perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhati-hati.
Sebelum ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan menyelaraskan usaha untuk menangani krisis makanan.
Tindakan itu perlu berikutan situasi kekurangan makanan dan peningkatan harga yang mendadak akibat konflik Rusia-Ukraine.
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata, konflik berkenaan telah mencetuskan krisis di seluruh dunia yang menyaksikan banyak negara menghadapi kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan, baja dan sumber tenaga.
Muhafandi Muhamad
Fri May 27 2022
Menurut Ku Li, rakyat kini terbeban dengan masalah harga barangan asas dan makanan yang tinggi dan perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhati-hati. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi tiga hari berturut-turut
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan harga minyak dan pengukuhan dolar AS, kata seorang penganalisis.
Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri
Ahli Parlimen, Gua Musang itu bagaimanapun menyuarakan sekiranya diberi peluang, beliau mahu mengukuhkan nilai Ringgit.
Kastam Perak patah cubaan tiga wanita seludup wang RM500,000
Hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.
China bakal tambah pembelian minyak sawit Malaysia bernilai RM4.56 bilion
Malaysia dan China hari ini telah menandatangani MoU bagi republik itu membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 bilion bagi tempoh lima tahun.
Pinjaman dari Jepun: Beli insurans bagi kekalkan kadar pertukaran nilai mata wang
Tony Pua menjawab kritikan beberapa pihak terhadap pinjaman mudah yang dimohon dari kerajaan Jepun dalam mata wang Yen.
Beli-belah guna Ringgit Malaysia di aplikasi Amazon
Syarikat Amazon melancarkan ciri terbaru dalam aplikasi untuk pengguna membeli-belah sebanyak 45 juta barangan yang boleh dihantar ke satu dunia dihantar ke seluruh dunia melalui peranti mudah alih.
Dapatkan rumah impian di kepulauan Mediterranean dengan hanya RM5!
Datuk Bandar Barbagia, Efisio Arbau menawarkan kepada mana-mana pembeli untuk memiliki salah satu rumah batu yang terdapat di Pulau Sardinia pada harga 1 Euro.
Penyusutan ringgit jejaskan perjalanan ke Singapura
Penyusutan ringgit telah menjejaskan perjalanan ke Singapura, menyebabkan penurunan dua peratus dalam ketibaan pelancong tahun lepas, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini
Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Datuk Lokman Noor Adam.
ABM nafi bank kaut untung daripada langkah tingkat permintaan ringgit
ABM menafikan laporan bahawa pihak bank telah mendapat untung daripada langkah-langkah terbaru bagi meningkatkan permintaan terhadap ringgit.