KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS selepas mata wang Amerika Syarikat itu menyusut di tengah-tengah perubahan dalam aktiviti pelaburan disebabkan keadaan semasa ekonomi.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu mengukuh kepada 4.1755/1775 berbanding 4.1800/1825 pada penutupan urus niaga petang Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata momentum mod perubahan risiko pelabur itu dijangka berterusan hari ini dan ia dilihat baik untuk ringgit.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini dilhat seperti mewajarkan bahawa pemulihan ekonomi global berjalan lancar dan ini menyaksikan kemungkinan akomodasi dasar monetari yang berlebihan akan dimansuhkan,” katanya kepada Bernama.
Dalam perkembangan lain, beliau menambah krisis hutang Kumpulan Evergrande China juga telah diuruskan dengan baik selepas suntikan kecairan oleh pihak berkuasa monetari.
Justeru, ringgit dijangka terus meningkat hari ini.
Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata penurunan dolar AS disebabkan oleh pengumuman data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS yang melepasi jangkaan pada 351,000 dan ini telah menjejaskan dolar AS.
Selain itu, Indeks Pengurus Pembelian perkhidmatan yang mengukur keyakinan terhadap ekonomi dalam sektor perkhidmatan pula berada di bawah jangkaan.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7350/7378 daripada 5.7157/7192 pada penutupan urus niaga Khamis dan lebih rendah pada 4.9045/9069 berbanding euro daripada 4.8998/9027 semalam.
Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0962/0981 daripada 3.1002/1025 dan meningkat berbanding yen kepada 3.7828/7850 daripada 3.8017/8040 sebelumnya.
-- BERNAMA
p /p
pTAG: Ringgit, dolar AS, pembukaan, Bank Islam, ActivTrades, FOMC/p
Bernama
Fri Sep 24 2021
Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu mengukuh kepada 4.1755/1775 berbanding dolar AS.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.