KUALA LUMPUR: MQ Technology Bhd (MQ Tech) membuat penetapan semula berhubung jawatan pengurusan tertinggi syarikat tersebut dengan pelantikan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai pengerusi yang baharu berkuat kuasa 5 Disember tahun ini.
Menurut laporan media, MQ Tech dalam makluman kepada Bursa Malaysia, turut mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo, ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.
Sebelum ini, Nurulhidayah pernah dilantik bagi memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech pada 2 Jun lalu.
Nurulhidayah merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.
Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.
MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 06 2022
Sebelum ini, Nurulhidayah pernah dilantik bagi memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech pada 2 Jun lalu. - Gambar/ FB Nurulhidayah Ahmad Zahid Official
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Ras Adiba terperanjat Nurulhidayah kongsi 'bisikan' pada umum
Datuk Ras Adiba Radzi berkata, sebagai seorang yang bekerja dan berstatus orang kurang upaya (OKU) beliau perlu terus berusaha untuk bekerja seperti insan lain.
'Ras Adiba pernah bisik minta TPM sambung dua jawatan' - Nurulhidayah
Nurulhidayah mendakwa Ras Adiba pernah meminta bantuannya untuk menyambung kontrak sebagai Senator di Dewan Negara dan Pengerusi Bernama.
Nurulhidayah dakwa wujud pelanggaran etika
Katanya, pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.
Nurulhidayah kecundang di Bagan Datuk, cemerlang di Pusat
Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid gagal memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini apabila tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.
Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik Pengerusi MQ Tech
MQ Tech membuat penetapan semula berhubung jawatan pengurusan tertinggi syarikat tersebut dengan pelantikan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai pengerusi yang baharu berkuat kuasa 5 Disember.
Kematian bekas menantu Zahid: Denda pakar pergigian kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman denda RM220,000 terhadap Imperial Dental Specialist Centre berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang ketika itu menantu Ahmad Zahid Hamidi.
Perbicaraan Ahmad Zahid: Mahkamah Tinggi keluar peringatan susulan komen Nurulhidayah
Tindakan ini bersifat subjudis, komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa kes sedang berjalan, tegas hakim.
Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia akibat kanser
Allahyarham Bahazanariah meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat kanser payu dara.
Anak Zahid kalah pemilihan Wanita UMNO
Di hantaran Instagramnya beliau mengakui kekalahannya dan menyifatkan belum ada rezeki untuk pemilihan kali ini.
Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi
Jika Nurulhidayah ada hak untuk bersuara, hak itu juga dimiliki oleh anggota masyarakat lain.