GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedang menerokai pasaran baharu di wilayah Timur Tengah dalam usaha untuk menghidupkan sektor pelancongan negeri pasca pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata kerajaan negeri kini sedang menerokai pasaran baharu seperti Dubai dengan giatnya untuk menjadikan Dubai sebagai hab kesambungan antara Pulau Pinang dan wilayah Timur Tengah.
"Usaha ini adalah selaras dengan misi kerajaan negeri untuk menerokai pasaran pelancongan negara barat untuk menarik pelancong dari rantau Eropah, Amerika Syarikat dan wilayah Timur Tengah.
"Ini adalah kerana pelancong tersebut mempunyai kuasa perbelanjaan yang lebih tinggi 'higher spending power' serta tempoh percutian yang lebih lama," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini semalam.
Yeoh berkata usaha ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Pulau Pinang dan Malaysia secara keseluruhan.
Katanya, kerajaan negeri juga telah menghasilkan risalah 'Muslim Travel Guides' dalam bahasa Arab dan telah mengedarkan di Wilayah Timur Tengah melalui penggiat industri tempatan.
Setelah banyak kali perbincangan antara kerajaan negeri dan pihak syarikat penerbangan, Yeoh yakin, Pulau Pinang berkemungkinan besar akan menyambut penerbangan terus dari negara Wilayah Timur Tengah menjelang hujung tahun ini.
Persidangan DUN bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Yeoh Soon Hin berucap pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di George Town, semalam. - Facebook Yeoh Soon Hin
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Pengeksportan Orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid negara
Pengeskportan orkid ke Dubai mudah kerana tidak memerlukan rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat PC yang dikeluarkan DOA.
Dubai akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang bermula 2025
Joby Aviation menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.
Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai
Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter.
AI jadi tumpuan pada Sidang Kemuncak Dunia 2024
Kecerdasan Buatan (AI) akan menjadi fokus perbincangan pada World Government Summit pada tahun ini yang berlangsung di Dubai.
Status Merdeka 118 sebagai bangunan kedua tertinggi dunia dicabar Burj Azizi
BANGUNAN Merdeka 118 baru sahaja dinobatkan sebagai bangunan kedua tertinggi dunia pada pertengahan bulan lalu.