Pameran dan Persidangan Antarabangsa 'Franchise International Malaysia (FIM) 2015 anjuran Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mulai 12 hingga 14 Jun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka merasmikan FIM 2015 dengan tema 'Leap Beyond the Limits' pada 13 Jun di Dewan Tun Hussein Onn.
"FIM 2015 adalah program francais tahunan terbesar di Malaysia dan merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia bertujuan mengumpul pengusaha industri francais dari dalam dan luar negara untuk mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan francais mereka di bawah satu pameran francais bersepadu.
"Selain itu, ia menjadi platform untuk membantu syarikat francais membina jaringan perniagaan, perkongsian pengetahuan dan bertukar-tukar idea berkenaan produk dan perkhidmatan francais serta mengenal pasti peluang francais yang bersesuaian," katanya di sini hari ini.
Katanya, acara bertaraf antarabangsa ini turut mendapat pengiktirafan Majlis Francais Dunia dan Persekutan Francais Asia-Pasifik Franchise.
Katanya, sebanyak 110 gerai disediakan pada FIM 2015 manakala anggaran jualan ialah RM370 juta.
"Anggaran francaisi berpotensi pula ialah 1,600 orang manakala 12,000 orang dijangka melawat FIM 2015. Tujuh negara, iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Korea, Amerika Syarikat, Australia dan Taiwan akan menyertainya dengan 32 gerai.
"Beberapa memorandum persefahaman juga dijangka ditandatangani dan satu persidangan antarabangsa akan diadakan pada 13 Jun yang akan dihadiri 300 orang dari dalam dan luar negara," katanya.
Bernama
Sun Jun 07 2015
FIM 2015 bertujuan mengumpul pengusaha industri francais dari dalam dan luar negara untuk mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan francais mereka di bawah satu pameran francais bersepadu.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Pameran francais 'FIM 2015' di PWTC dari 12 Jun
FIM 2015 adalah program francais tahunan terbesar di Malaysia dan merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.