Kata Mohd Shafie, pandangan Dr Zeti itu adalah berdasarkan pengetahuan yang dimiliki beliau.
"Itu suatu peringatan kita harus sedar bahawa Tan Sri Dr Zeti selaku Gabenor Bank Negara mengingatkan dengan niat dan nawaitu yang kita yakin beliau mempunyai pelbagai maklumat tentang 1MDB perlu penjelasan," kata Mohd Shafie yang ditemui sempena program Sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan parlimennya.
Jelas Mohd Shafie, keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa boleh terhakis, sekiranya isu berkenaan tidak dapat diatasi.
Dr Zeti pada Isnin ketika pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 , menyifatkan kerajaan perlu menyelesaikan isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi memulihkan ringgit agar ekonomi terus berkembang.
Jelas Dr Zeti, pemulihan ringgit akan berlaku sekiranya isu berkenaan 1MDB diselesaikan.