KUALA LUMPUR: Kalangan pelabur asing menjadi pembeli bersih sekuriti hutang Malaysia bernilai RM6.1 bilion pada Disember 2021, sebulan selepas jualan bersih pada November yang berjumlah RM3.6 bilion.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Investment), jumlah pegangan hutang asing meningkat kepada RM256.6 bilion berbanding RM250.4 bilion pada November 2021 manakala jumlah hutang belum dijelaskan meningkat kepada 14.8 peratus iaitu tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
Dalam nota tinjauannya pada Selasa, bank pelaburan itu menyifatkan permintaan tersebut berkemungkinan besar didorong oleh kemunculan semula minat terhadap risiko di peringkat global apabila kebimbangan mengenai Omicron mulai reda berikutan laporan bahawa impaknya yang kurang serius berbanding varian COVID-19 lain.
“Malah, bon domestik ternyata mengekalkan perbezaan hasil yang ketara berbanding kebanyakan bon pasaran negara maju yang menjadikannya lebih menarik walaupun terdapat pelaksanaan dasar monetari ketat oleh bank-bank pusat utama.
“Aliran masuk dana pada Disember itu dipacu oleh peningkatan bersih pegangan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) yang mengatasi kenaikan perlahan pegangan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB),” katanya.
Bagi pasaran ekuiti, pelabur asing menjadi penjual bersih -- tindakan pertama dalam tempoh lima bulan dengan menjual saham bernilai RM1.1 bilion berbanding pembelian bersih RM200 juta pada November lepas.
Menurut Kenanga Investment, permintaan terhadap ekuiti berkemungkinan dikekang oleh ketidakpastian mengenai varian Omicron serta kecenderungan pihak Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dalam usahanya mempercepatkan langkah mengurangkan proses pembelian aset.
Secara keseluruhannya, pasaran modal tersebut mencatatkan aliran masuk dana terbesar dalam tempoh empat bulan yang berjumlah RM5 bilion.
Bagi kemajuan masa depan, bank pelaburan itu berpendapat bahawa pasaran hutang kekal berisiko menyaksikan aliran keluar dalam masa terdekat apabila Fed AS memperketatkan lagi dasar monetari.
Hasil purata nota Perbendaharaan AS 10 tahun susut enam mata asas (bps) kepada 1.45% pada Disember 2021 manakala hasil purata MGS 10 tahun kekal pada 3.55%.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 12 2022
Kalangan pelabur asing menjadi pembeli bersih sekuriti hutang Malaysia bernilai RM6.1 bilion pada Disember 2021, sebulan selepas jualan bersih pada November yang berjumlah RM3.6 bilion. -Dagang News
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
Pelabur asing beli RM524.9 juta ekuiti Malaysia pada minggu pertama 2024 - MIDF Research
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatat aliran masuk setiap hari pada minggu lalu kecuali Selasa dengan jualan bersih RM23.3 juta.
Pelabur asing jual RM276.4 juta ekuiti Malaysia selepas lima minggu membeli - MIDF Research
Jualan bersih tertinggi berlaku pada Khamis berjumlah RM95.4 juta, diikuti oleh Isnin sebanyak RM92.5 juta.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
Presiden Xi seru tingkatkan perpaduan demi kerjasama lebih baik di Asia Pasifik
Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.
Belian bersih pelabur asing melonjak hampir empat kali ganda - MIDF Research
Bursa Malaysia menyaksikan pelabur asing mencatatkan belian ekuiti tempatan berjumlah sehingga RM676.7 juta minggu lepas.
Kajian semula MM2H mampu tingkatkan sektor hartanah
Peningkatan pelabur asing di Malaysia berkemungkinan meningkatkan prospek dalam sektor hartanah pada 2024.
Pelabur asing rekod belian ekuiti domestik bernilai RM10.2 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing merekodkan belian ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM10.2 juta minggu lepas.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Pelabur asing catat belian bersih ekuiti di bursa berjumlah RM23.1 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas tiga minggu mencatatkan jualan bersih.