KUALA LUMPUR: Pelaburan terkumpul aset tetap Malaysia atau stok modal kasar (SMK), mengembang 2.7 peratus tahun ke tahun kepada RM5.17 trilion pada 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pada masa yang sama, stok modal bersih (SMB) yang mewakili kekayaan ekonomi Malaysia merekodkan nilai RM3.22 trilion pada tahun lepas.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, SMB tumbuh perlahan pada 1.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Beliau menjelaskan sejak dari tahun 2018 sehingga kini, nilai stok modal nasional meningkat secara perlahan berikutan Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) yang semakin menurun.
"Momentum pertumbuhan perlahan stok modal dapat dilihat dengan lebih jelas lagi pada tahun2020, yang mana berlakunya penurunan dua digit dalam PMTK pada 14.5 peratus.
"Ini adalah ekoran daripada pelaburan aset tetap bagi semua aktiviti ekonomi yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu berikutan penularan pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Uzir menambah magnitud penurunan ini merupakan yang terburuk telah direkodkan sejak Krisis Kewangan Asia 1998.
Kesan yang sama dalam penyusutan stok modal ini juga boleh dilihat pada ekonomi utama dunia termasuklah Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom, kata beliau.
Beliau berkata berdasarkan kepada aktiviti ekonomi, stok modal bagi sektor perkhidmatan tumbuhperlahan pada 2.5 peratus berbanding 4.2 peratus pada tahun sebelumnya.
Ini didorong oleh subsektor pengangkutan dan penyimpanan dan maklumat dan komunikasiyang mengembang perlahan pada 0.4 peratus manakala kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan pada 5.8 peratus.
Stok modal bagi sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.4 peratus berbanding 3.5 peratus pada tahun 2019, dipengaruhi oleh produk petroleum, kimia, getah dan plastik serta produk elektrik, elektronik dan optikal yang masing-masing meningkat secara perlahan pada 0.8 peratus dan 0.6 peratus, katanya.
Selain itu, produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka turun 0.8 peratus dan produk tekstil dan kayu pula menyusut 2.6 peratus.
Bagi stok modal bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, Mohd Uzir berkata stok modal pada tahun 2020 menyusut 0.02 peratus manakala sektor pembinaan merekodkan pertumbuhan 4.3 peratus dan sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus.
"Melihat kepada jenis aset, struktur kekal sebagai penyumbang utama kepada stok modal dengan sumbangan sebanyak 80.2 peratus, bersamaan RM2.58 trilion yang disokong oleh struktur lain dan bukankediaman.
"Nilai aset bagi struktur yang jauh lebih besar, ditambah pula dengan jangka hayat yang lebih panjang berbanding aset lain, merupakan faktor utama dominasi struktur dalam nilai keseluruhan aset tetap di Malaysia.
"Ini diikuti oleh jentera dan peralatan dengan sumbangan sebanyak 11.4 peratus iaitu RM368.86 bilion, serta aset lain dengan sumbangan sebanyak 8.4 peratus dan merekodkan RM270.25 bilion," katanya.
Mohd Uzir menambah komposisi aset Malaysia adalah sama dengan komposisi aset negara-negara lain, termasuklah Korea Selatan dan Singapura.
Merumuskan keseluruhan situasi stok modal pada tahun 2020, beliau berkata prestasi stok modal pada tiga tahun kebelakangan ini semakin merosot, ditambah pula dengan penularan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan keseluruhan aktiviti ekonomi.
"Keupayaan negara untuk terus berkembang pada masa hadapan bakal terganggu sekiranya kelembapan pertumbuhan pelaburan ini berlanjutan kerana ia akan menimbulkan kesan yang buruk kepada kapasiti pengeluaran.
"Pelaburan aset tetap terutamanya aset yang bercirikan automasi perlu ditingkatkan selaras dengan revolusi industri 4.0 (4IR) supaya negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi," kata Mohd Uzir sambil menambah usaha ke arah pembaharuan ekosistem pelaburan perlu dilaksanakan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, SMB tumbuh perlahan pada 1.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.