KUALA LUMPUR: Pembaharuan subsidi perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kejutan besar kepada pengguna dan perniagaan, kata Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan.
Beliau berkata pembaharuan sedemikian perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara telus untuk meminimumkan ralat "pemasukan dan pengecualian" dan menambah baik penguatkuasaan bagi menjadikannya lebih berkesan.
"Kenaikan harga yang kecil lebih mudah diterima dan membolehkan rakyat dan perniagaan menyesuaikan diri dengan situasi harga baharu dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyatakan dari semasa ke semasa, rasionalisasi subsidi bahan api dan tenaga akan memaksa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencari sumber tenaga alternatif dan yang lebih bersih untuk mengoptimumkan kos operasi dan mengekalkan daya saing mereka.
"Kerajaan boleh menyediakan insentif cukai kepada PKS untuk mengguna pakai sumber tenaga boleh diperbaharui dan teknologi cekap tenaga bagi membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil serta mengurangkan kesan turun naik harga bahan api," katanya.
Sehubungan itu, ACCCIM berpendapat bahawa rasionalisasi subsidi diesel adalah satu langkah ke arah yang betul untuk memastikan kemampanan fiskal dan hutang serta menggalakkan amalan mampan alam sekitar.
Dewan itu berkata rasionalisasi subsidi diesel yang disasarkan bukan sahaja membantu mengurangkan defisit fiskal tetapi juga memberi manfaat kepada ekonomi kerana penjimatan subsidi (dianggarkan berjumlah RM4 bilion) boleh disalurkan semula kepada sektor produktif seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam serta perkhidmatan komuniti penjagaan warga emas.
"Kami mengalu-alukan subsidi berterusan untuk kenderaan pengangkutan awam dan barangan bagi membantu meminimumkan kesan terhadap inflasi dan kos perniagaan. Di samping itu, bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 untuk individu yang layak akan membantu mengurangkan kesan lonjakan kos isi rumah," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Beliau berkata pembaharuan sedemikian perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara telus untuk meminimumkan ralat "pemasukan dan pengecualian". - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembaharuan subsidi perlu dilakukan secara beransur-ansur - ACCCIM
Pembaharuan subsidi perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kejutan besar kepada pengguna dan perniagaan.