Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling - Ampang mulai hari ini menikmati perjalanan terus antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang dikenali secara rasmi sebagai LRT Laluan Sri Petaling bermula 6 pagi tadi.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini berkata pengintegrasian kedua-dua laluan itu memberi penjimatan masa perjalanan yang signifikan khususnya dari Puchong dan Bandar Kinrara yang ingin membuat perjalanan lintas atau 'cross traveling' ke kawasan sekitar Subang, Subang Jaya dan USJ.
"Tetapi, apa yang lebih bermakna pada tanggal bersejarah 17 Julai ini adalah perjalananan terus antara Putra Heights dan Sentul Timur, yang merupakan perjalanan sejauh 37 kilometer (km) dan melalui 29 stesen, yang mulai hari ini secara rasmi dinamakan Laluan Sri Petaling," menurut kenyataan itu.
Menurut Prasarana, dengan sempurnanya migrasi sistem isyarat LRT Laluan Sri PetalingAmpang semalam, Rapid Rail Sdn Bhd operator perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang dan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), kini boleh memulakan proses menggantikan kesemua 30 tren terdahulu, yang mula digunakan pada 1996 ketika beroperasi sebagai STAR LRT.
Laluan Sri Petaling akan menggunakan tren-tren baharu sepenuhnya di mana 35 daripada 50 tren baharu enam gerabak yang dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Company, China untuk Laluan Sri Petaling Ampang sudahpun beroperasi setakat ini.
Baki 15 set tren baharu sedang dipasang di fasiliti tempatan milik mereka di Batu Gajah, Perak menurut kenyataan itu.
Tren-tren yang sedang dipasang akan dihantar kepada Rapid Rail secara berperingkat dan kesemua tren bagi laluan LRT Laluan Sri Petaling - Ampang itu dijangka digunakan sepenuhnya awal tahun depan.
Dalam pada itu, Prasarana memaklumkan sebanyak 14 set tren empat-gerabak model terbaharu Bombardier Innovia Metro 300 sudah dibeli oleh syarikat itu bagi meningkatkan keselesaan para penumpang perkhidmatan tren Rapid KL bagi Laluan Kelana Jaya.
Tren-tren baharu itu akan mula beroperasi secara berperingkat mulai September ini, menurut kenyataan itu.
Bernama
Sun Jul 17 2016
Laluan Sri Petaling akan menggunakan tren-tren baharu sepenuhnya. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.