KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pasaran kewangan Islam utama seperti di negara-negara Teluk, Malaysia dan Indonesia mencatatkan peningkatan berikutan pertambahan mendadak eksport utama seperti hidrokarbon dan minyak sawit serta kelonggaran sekatan berkaitan pandemik, menurut Moody's Investors Service.
Dalam laporan terkini yang dikeluarkan hari ini, Moody's berkata inflasi di negara-negara tersebut akan kekal sederhana berikutan subsidi kerajaan dan kenaikan kadar faedah.
Penganalisis Moody's, Badis Shubailat berkata pemulihan ekonomi akan menyebabkan kualiti aset bank-bank Islam stabil serta melonjakkan keuntungan.
"Justeru, bank-bank Islam boleh mengekalkan penampan modal dan mudah tunai yang besar, membolehkan mereka untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan kewangan patuh Syariah," katanya.
Menurut laporan itu, tumpuan bank-bank Islam terhadap pembiayaan runcit akan menyokong kualiti aset berikutan keadaannya yang terjamin dan pelbagai serta penajajaminan yang berhemat oleh bank.
"Selain itu, pembiayaan kepada pekerja sektor awam yang mempunyai pekerjaan stabil semasa pandemik adalah bahagian terbesar dalam pembiayaan runcit di wilayah Majlis Kerjasama Teluk (GCC)," katanya.
Menurutnya penampan peruntukan yang kukuh yang dibangunkan semasa pandemik akan turut mengurangkan risiko aset.
"Keuntungan bank Islam akan meningkat berikutan rizab kerugiannya yang cukup, manakala keuntungan daripada kecekapan pendigitalan akan mengimbangi perbelanjaan teknologi yang lebih tinggi.
"Selain itu, kenaikan kadar faedah akan meningkatkan margin terutamanya di negara-negara Teluk, dengan mata wang domestik ditambat kepada dolar AS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Moody's berkata inflasi di negara-negara tersebut akan kekal sederhana berikutan subsidi kerajaan dan kenaikan kadar faedah.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.
Kewangan Islam diharap jadi pemacu ekonomi lebih lestari - Gabenor BNM
Tegasnya, prinsip-prinsip seperti keadilan, keterangkuman, daya tahan dan kelestarian adalah amat penting dalam landskap ekonomi masa kini.
Kewangan Islam penting rapatkan jurang pembiayaan kemampanan - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kewangan Islam berpotensi merapatkan jurang pembiayaan yang penting untuk peralihan kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.
KazanForum 2024: Lebih 20 juta Muslim di Rusia dapat akses kepada kewangan Islam
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan bereksperimen dengan penggunaannya selama dua tahun.
Kemajuan kewangan Islam Malaysia akan menjayakan peralihan kewangan hijau - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan berkaitan cabaran iklim.
GMBF 2023 memangkin ekonomi Islam global - Dr Ma’ruf Amin
GMBF 2023 merupakan wadah ideal dalam menghubungkan dunia ekonomi Islam serta bukan Islam dalam memangkin ekonomi Islam ke peringkat yang lebih mendunia.