IPOH: Perak merekodkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peningkatan itu sebanyak 126 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, meskipun berdepan suasana ekonomi yang begitu mencabar.
"Kerajaan negeri akan terus meningkatkan keyakinan pelabur untuk menjadikan Perak sebagai destinasi tumpuan pelaburan.
"InvestPerak yang berperanan sebagai Centre of Investment akan melaksanakan pelbagai aktiviti promosi dan insentif penggalakan pelaburan serta memudah cara urusan kemasukan pelaburan," katanya.
Saarani berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Negeri Perak di sini, pada Jumaat.
Katanya, antara program yang akan dilaksanakan adalah Pendigitalan No Objection Letter (E-NOL) dan tawaran insentif Silver Valley Pre-Package bagi projek berimpak tinggi.
Selain menepati kriteria serta Program Pemantauan Pelaksanaan Projek Pelaburan di Negeri Perak, iaitu PACU@Perak.
"'Silver Valley Pre-Package Incentives’ menyediakan tiga pakej tawaran yang berbeza mengikut nilai pelaburan.
"Antara insentif yang ditawarkan adalah diskaun premium tanah sehingga 30 peratus, remisyen cukai tanah sehingga 15 peratus bagi tempoh tiga tahun selepas ‘production date’, ‘pre-consultation’ serta pemprosesan Kebenaran Merancang secara ‘fast track’ dalam tempoh 21 hari tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.
Saarani berkata, InvestPerak akan membelanjakan RM4.5 juta yang terdiri daripada peruntukan kerajaan negeri iaitu RM1.5 juta dan dana dalaman RM3 juta.
"Kerajaan Negeri amat berbesar hati menerima peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2021 yang telah disalurkan melalui MIDA bagi menaik taraf kawasan perindustrian Bemban dan kawasan perindustrian Kampung Acheh, masing-masing RM5 juta," katanya.
Aida Aziz
Fri Dec 10 2021
Saarani ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Negeri Perak di Ipoh, pada Jumaat.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.
Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perak hilang hasil sekiranya moratorium eksport NR-REE dilaksana - MB
Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
MB Perak umum BKK Raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri, ketua kampung
Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.
'Penjawat awam jangan defensif, terbuka terima teguran' - MB Perak
Aduan merupakan maklum balas yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing.
Adik lelaki MB Perak meninggal dunia pada usia 49 tahun
Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi Isnin, di Hospital Taiping.