KUALA LUMPUR: Peralihan kepada tenaga bersih tidak dapat dielakkan terutama apabila dunia bergerak ke arah pembalikan kesan perubahan iklim di samping memastikan keselamatan tenaga untuk melindung nilai daripada ketidaktentuan luaran seperti impak konflik Rusia-Ukraine terhadap sektor tenaga.
Ketua Pegawai Operasi TNB Generation Sdn Bhd (TNB Genco) Datuk Ir Roslan Abd Rahman berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035 dan sedang mengkaji secara serius sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen dan ammonia.
"Kami tidak mahu bergantung kepada satu sumber untuk menjana elektrik. Dari segi keselamatan, tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen kini lebih selamat berbanding arang batu yang perlu diimport dari negara-negara pengeluar seperti Indonesia.
"Kita akan mempunyai masalah jika Indonesia berhasrat menghentikan eksport arangnya," kata beliau kepada Bernama di luar acara lawatan media ke stesen-stesen Janakuasa Cameron Highlands (SSJCH) TNB baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Hal Ehwal Stakeholder TNB Pahang Datuk Baderul Sham Saad dan Pengurus Besar Stesen-stesen Janakuasa Cameron Highlands Sa'aidan Abu Hassan.
Selain itu, Roslan menambah bahawa empangan kuasa hidro juga merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang penting dan pada masa ini, hidroelektrik menyumbang kira-kira 10 peratus daripada grid tenaga negara.
Namun begitu, beliau mengakui bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk peralihan daripada arang batu kepada tenaga bersih berlaku.
Beliau juga berkata Malaysia masih perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat asing yang mempunyai kepakaran yang betul sambil menambah TNB Genco kini sedang berbincang dengan firma besar seperti General Electric dan Siemens untuk mencari teknologi yang sesuai untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui sendiri.
"Teknologi hidrogen ini masih baharu dan mahal berbanding harga gas sekarang dan ia mengambil masa untuk harga itu turun," jelas Roslan.
Cabaran menguruskan empangan hidro
Pencemaran air semakin membimbangkan TNB kerana ia perlu memperuntukkan kira-kira RM100 juta setahun untuk menyelenggara empangan berikutan peningkatan pencemaran berhampiran sumber airnya, dengan sekitar RM40 juta dibelanjakan bagi menangani masalah bahan buangan atau bahan yang tidak diingini daripada empangan hidro di Cameron Highlands.
"Buat masa ini, kami masih lagi dapat menguruskan belanjawan (penyelenggaraan), tetapi kami mahu mengurangkannya.
"Namun begitu kos semakin naik, dianggarkan 10 peratus setiap tahun dan ini juga bergantung kepada kadar inflasi," jelas Roslan.
Pada masa ini, TNB Genco mempunyai tiga loji kuasa hidro utama di Semenanjung Malaysia iaitu terdiri daripada stesen janakuasa hidro 1,249 megawatt (MW) di Sungai Perak, loji 622MW di Cameron Highlands dan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud 665MW di Kenyir, Terengganu.
Roslan turut mengharapkan penyelesaian kekal kepada isu pencemaran dan menambah TNB Genco telah meluangkan masa dan wang untuk mendidik penduduk sekitar empangan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia.
Ditanya sama ada TNB akan menambah bilangan empangan hidro di Malaysia, beliau berkata kajian menyeluruh diperlukan untuk membinanya.
Pada masa ini, TNB sedang membangunkan projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion di Kelantan yang dijangka mula menjana tenaga elektrik pada pertengahan 2027.
Projek itu bertujuan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air bersih yang berlarutan di Kelantan selain mewujudkan peluang ekopelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Dari segi keselamatan, tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen kini lebih selamat berbanding arang batu yang perlu diimport dari negara-negara pengeluar seperti Indonesia. - Gambar hiasan/AP
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.
PM Anwar sampaikan ucaptama di acara PKS terbesar Jerman hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama di acara Zukunftsag Mittelstand atau Hari Masa Depan untuk PKS anjuran BVMW.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
TNB sasar ganti 30 peratus kenderaan dengan EV menjelang 2030
TNB komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada EV.
Peralihan tenaga: Malaysia komited kerjasama dengan EU - Fadillah
Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) khususnya dalam pemindahan teknologi untuk peralihan tenaga dan keselamatan air di negara ini.
Kerangka MADANI akan jadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan, perkukuh kedudukan fiskal - Pakar ekonomi
Kerajaan akan menumpu kepada proses menyelesaikan masalah dan nilai-nilai untuk membina moral yang baik dalam membangunkan masyarakat.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga - PM Anwar
Malaysia menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan infrastruktur.
TNB sedia bekerjasama dengan k'jaan, pelabur, pemegang taruh percepat Peralihan Tenaga
Kerjasama strategik adalah kunci untuk mencapai matlamat Peralihan Tenaga (ET) Malaysia.