Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan

Bernama
Julai 22, 2016 06:07 MYT
Perbincangan itu mengenai meningkatkan bekalan makanan Brahim's kepada jemaah haji di Makkah. - Gambar fail
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi.
Perbincangan itu mengenai meningkatkan bekalan makanan Brahim's kepada jemaah haji di Makkah, katanya pada majlis pelancaran buku Brahim's di sini, hari ini.
Mengikut kerjasama sedia ada, Brahim's hanya menyediakan makanan kepada jemaah haji di lapangan terbang utama seperti di Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar.
Bagaimanapun, buat permulaan, beliau berkata Brahim's akan menaja 10,000 pek makanan untuk jemaah haji terpilih tahun ini.
Terdahulu, buku mengenai resepi tradisi menjadi pilihan Malaysia itu dilancarkan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
#Brahim's #kata Pengerusi Eksekutif Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi #Makkah #Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini