BANGKOK: Perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand meningkat 30.26 peratus kepada 627.7 bilion Baht (100 Baht=RM12.60) tahun lepas susulan pembukaan semula kesemua sembilan pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang telah melonjakkan aktiviti ekonomi.
Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Perdagangan Jurin Laksanawisit berkata, eksport ke Malaysia bertambah 42.62 peratus kepada 346.6 bilion Baht manakala import naik 18.44 peratus kepada 281.1 bilion Baht tahun lepas, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak 65.5 bilion baht.
Bagi 2021, beliau berkata perdagangan sempadan keseluruhan Thailand termasuk perdagangan transit berjumlah 1.71 trilion Baht, menokok 30.03 peratus tahun ke tahun.
Eksport berkembang 34.6 peratus kepada 1.03 trilion Baht manakala import naik 23.7 peratus kepada 684 bilion Baht, ia menghasilkan lebihan dagangan sebanyak 347.3 bilion Baht pada 2021, katanya.
"Tahun lepas, perdagangan rentas sempadan Thailand dengan empat negara jiran, iaitu Malaysia, Myanmar, Laos, dan Kemboja berjumlah 924 bilion Baht, peningkatan 21.56 peratus tahun ke tahun manakala perdagangan transit dengan Singapura, Vietnam, China Selatan dan negara lain berjumlah 791 bilion Baht, pertumbuhan sebanyak 41.55 peratus tahun ke tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi 2022, Jurin berkata perdagangan rentas sempadan Thailand dijangka berkembang antara 5.0 peratus dan 7.0 peratus kepada antara 1.08 trilion Baht dan 1.1 trilion Baht, dipacu oleh pemulihan ekonomi global dan serantau.
Timbalan Perdana Menteri Thailand itu berkata Baht yang lebih lemah akan meningkatkan daya saing produk Thai.
Beliau berkata rel berkelajuan tinggi yang baharu dibuka menghubungkan China dan Laos dijangka memudahkan pengangkutan barangan Thai terutama eksport produk pertanian tahun ini.
"Kementerian Perdagangan merancang untuk membuka semula lebih banyak pusat pemeriksaan sempadan bagi meningkatkan aktiviti perdagangan sempadan tahun ini. Kami merancang untuk membuka semula sekurang-kurangnya 12 pusat pemeriksaan sempadan tahun ini untuk meningkatkan perdagangan sempadan," katanya.
Setakat ini, 48 daripada 97 pusat pemeriksaan termasuk kesemua sembilan pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan Malaysia ketika ini sedang beroperasi.
Kerajaan Thailand menutup pusat pemeriksaan sempadannya untuk membendung penularan COVID-19 pada Mac tahun 2020 yang menjejaskan perdagangan ketika pengangkut barang bergelut untuk menghantar barangan.
Sementara itu, Jurin berkata pandemik yang tidak dapat diramalkan itu terutamanya varian Omicron yang menular dengan pantas akan menjejaskan pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan dan lalu lintas barangan di sepanjang sempadan.
"Situasi politik dan ekonomi di Myanmar boleh menjejaskan eksport sempadan ke Myanmar terutamanya dasar Myanmar untuk mengurangkan penggunaan mata wang asing dan mengawal import bagi mengurangkan imbangan pembayaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Eksport ke Malaysia bertambah 42.62 peratus kepada 346.6 bilion Baht manakala import naik 18.44 peratus kepada 281.1 bilion Baht tahun lepas.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Vietnam, Malaysia miliki potensi besar untuk kerjasama perdagangan
Kedua-dua negara dapat memanfaatkan perjanjian perdagangan serantau seperti RCEP dan CPTPP bagi meningkatkan hubungan dagangan mereka.
Forum Perniagaan Rusia-ASEAN: Perkukuh kedudukan Rusia dalam pasaran Asia Tenggara
Forum Perniagaan Antarabangsa 'Dunia Peluang: Rusia-ASEAN yang julung kali diadakan di sini berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Rusia sebagai pemain utama dalam perdagangan Asia Tenggara.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan kepada 50 peratus
Perkara itu dicapai hasil pertemuan singkat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.