KUALA LUMPUR: Perodua melancarkan model Myvi baharu pada Khamis dengan penambahbaikan dalam sistem keselamatannya iaitu Perodua Smart Drive Assist (PSDA) meliputi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), Bantuan Pemanduan, Bantuan Parkir dan Bantuan Lampu Utama.
Penambahbaikan bagi Generasi Ketiga Myvi ini direka dengan mengambil kira faktor keselamatan pemandu dan pejalan kaki.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abdidin Ahmad, sejak membuka tempahan sembilan hari lalu, Perodua sudah menerima 4,303 tempahan dengan penghantaran serta-merta bermula esok.
"Myvi baharu yang menelan belanja RM50 juta untuk dibangunkan, mempunyai teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang 'sporty'.
"Varian Myvi baharu termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X, 1.3 liter G dan 1.3 liter G (basic)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Zainal, ciri-ciri penuh boleh didapati dalam varian AV, yang melayakkannya menjadi kereta dengan teknologi Autonomi 2.
"Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan kereta dengan Autonomi Tahap 2 di bawah harga RM60,000," ujarnya.
Harga varian Myvi baharu bermula dari RM45,700 hingga RM58,800.
Senarai harga Myvi Baharu 1.3G (tanpa PDSA) ialah RM45,700, 1.3 G (RM47,700), 1.5X (RM49,900), 1.5H (RM53,900), 1.5 AV (RM58,800).
Jelasnya, semua varian di bawah Myvi baharu akan menampilkan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT (Continuous Variable transmision) dengan menggantikan transmisi empat kelajuan.
"Dwi-mod CVT akan meningkatkan lagi kecekapan trasmisi, ringan, dan bersaiz kompak, memberikan lebih kuasa pecutan dan lancar pada kelajuan rendah serta menjadikan kenderaan lebih senyap selain kecekapan bahan api.
"Myvi Baharu mampu mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus atau tambahan satu kilometer bagi setiap liter bahan api serta 20 peratus pecutan yang ditambah baik," jelasnya.
Semua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua sudah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.
Myvi baharu juga menampilkan warna baharu iaitu Cranberry Red yang hanya tersedia untuk varian AV serta warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red, Granite Grey dan Electric Blue.
Pelancaran varian baharu dengan penambahbaikan ini adalah yang terbaharu sejak Perodua melancarkan Generasi Ketiga pada 2017.
Myvi mula diperkenalkan pada Mei 2005 dan Perodua telah menjual kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dengan 277,329 unit bagi varian Generasi Ketiga berjaya dijual.
Hafizi Rosli
Thu Nov 18 2021
Perodua Myvi Baharu dilancarkan pada 18 November dengan penambahbaikan keselamatan yang lebih baik serta jimat tenaga - Foto/ Astro AWANI
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama
Pelik tapi benar - enjin kereta baharu itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula!
Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua
Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perodua.
Bezza terlaris, prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat separuh pertama 2023
Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.
Perodua lancar Axia E mampu milik, harga bermula RM22,000
Perodua melancarkan model Perodua Axia E mampu milik hari ini, menyasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal, sekolah memandu dan kumpulan berpendapatan rendah.