KUALA LUMPUR: Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) mengekalkan unjuran pertumbuhan jangka pendek bagi rantau ASEAN+3 pada 4.6 peratus tahun ini, meningkat daripada 3.2 peratus tahun lepas.
Menerusi kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3, AMRO menjelaskan walaupun kelemahan perdagangan global yang berterusan telah menyebabkan unjuran pertumbuhan ASEAN tahun ini mengalami sedikit penurunan kepada 4.5 peratus daripada unjuran April lepas pada 4.9 peratus namun, ini akan diimbangi oleh prospek lebih baik dalam ekonomi Tambah-3.
Ketua Ahli Ekonomi AMRO, Hoe Ee Khor berkata di China, kegiatan ekonomi pulih dengan kukuh pada suku pertama 2023 selepas pembukaan semula pascapandemik akhir tahun lepas.
"Aktiviti pelaburan, yang sebelum ini terganggu oleh sekatan akibat pandemik, juga meningkat," katanya pada taklimat media secara maya pada Selasa.
Unjuran pertumbuhan bagi ekonomi Tambah-3 telah dinaikkan kepada 4.6 peratus daripada 4.5 peratus pada April, menunjukkan pelancongan dalam negara dan permintaan domestik lebih kukuh di Hong Kong dan Jepun.
"Pada masa sama, unjuran pertumbuhan ASEAN telah disemak turun kepada 4.5 peratus daripada 4.9 peratus pada April, menunjukkan kesan permintaan luar yang lebih suram terhadap Singapura dan Vietnam. Pertumbuhan dijangka berkurangan sedikit kepada 4.5 peratus pada 2024," katanya.
Beliau menekankan bahawa pemulihan ASEAN+3 kini bergantung kepada permintaan yang berdaya tahan di rantau ini.
"Memulihkan pasaran tenaga kerja dan meredakan inflasi, bersama-sama pelancongan intraserantau yang semakin berkembang, membantu menyokong pertumbuhan ekoran permintaan luar yang lembap telah menjejaskan eksport rantau ini.
"Inflasi telah reda merentas kebanyakan ekonomi ASEAN+3 susulan harga komoditi global yang lebih rendah dan rantaian bekalan menjadi normal, membolehkan banyak bank pusat di rantau ini menghentikan sementara atau melonggarkan pengetatan dasar monetari mereka. Ini seterusnya memperkukuh penggunaan," katanya.
Hoe juga berkata dengan ketiadaan kejutan baharu, prestasi eksport rantau ini mungkin berubah tidak lama lagi dengan pemulihan kitaran semikonduktor global, yang mungkin bermula tahun ini, akan menjadi perkara baik bagi kebanyakan pengeksport di rantau ini.
Permintaan terpendam daripada jumlah pelancong China yang kembali juga lebih tinggi, ini turut memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan, katanya.
Selain itu, Hoe berkongsi bahawa AMRO telah menyemak unjuran inflasi 2023 untuk rantau ini -- tidak termasuk Laos dan Myanmar, kepada 3.0 peratus, lebih rendah daripada unjuran sebelum ini iaitu pada 3.4 peratus dan daripada 4.1 peratus pada 2022.
"Ada kalangan negara ini seperti Filipina dan Singapura, akan terus menyaksikan inflasi keseluruhan melebihi lima peratus pada tahun ini dengan sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh tekanan kos domestik yang tinggi.
"Pada 2024, inflasi keseluruhan bagi negara-negara 12 ASEAN+3 diunjurkan untuk terus menyederhana kepada 2.4 peratus.
"Sebaliknya, inflasi berkenaan di Laos dan Myanmar telah disemak naik kepada kira-kira 25 peratus yang memaparkan kesan berterusan akibat penyusutan nilai mata wang yang ketara di kedua-dua negara itu," katanya.
AMRO bagaimanapun, mengingatkan mengenai beberapa beberapa risiko yang disifatkannya sebagai berlanjutan bagi prospek pertumbuhan rantau ini seperti ancaman kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Selain itu, Hoe turut membangkitkan bahawa dalam tempoh jangka pendek sehingga dua tahun lamanya, lonjakan harga komoditi dan pertumbuhan ekonomi di China yang susut, berpotensi menjadi risiko penurunan unjuran pertumbuhan bagi rantau ini.
"Perkembangan geopolitik yang berlaku pada masa ini akan terus memberi sumbangan dinamik biarpun harga komoditi global mereda sejak tahun lepas.
"Malah, harga tenaga dan makanan global berkemungkinan besar akan melonjak semula susulan krisis di Ukraine yang berterusan dan berpotensi untuk menular.
"Bagi China, walaupun terdapat aktiviti ekonomi yang ketara pasca pembukaan semula ekonominya, unjuran pemulihan yang memberangsangkan tidak mungkin menjadi kenyataan sekiranya kalangan isi rumah mengamalkan perbelanjaan secara berhati-hati, prestasi pasaran hartanah yang terus suram dan eksport kekal lemah," katanya.
Beliau berkata, sekiranya pertumbuhan China susut daripada dijangkakan, rantau ini akan turut mendapat tempias dalam bentuk limpahan kesan negatif membabitkan perdagangan, pelaburan serta pelancongan.
Setakat ini, Hoe berkata risiko penurunan tersebut ke atas prospek rantau itu telah reda sejak April walaupun ini tidak bermakna ancaman itu sudah berakhir.
"Tekanan kewangan ketara daripada dasar monetari AS yang ketat menjadi satu risiko yang perlu ditangani oleh penggubal dasar ASEAN+3," katanya.
AMRO adalah sebuah organisasi antarabangsa yang bermatlamat menyumbang ke arah jaminan daya tahan makroekonomi dan kewangan serta kestabilan rantau ASEAN+3 yang merangkumi 10 negara anggota Asean serta China/Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.
Mandat AMRO meliputi usaha pemantauan makroekonomi, menyokong pengaturan kewangan serantau dan memberi bantuan teknikal kepada anggotanya selain berperanan sebagai hab pengetahuan serantau dan sokongan kerjasama kewangan untuk ASEAN+3.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Pemulihan ASEAN Plus 3 kini bergantung kepada permintaan yang berdaya tahan di rantau ini.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.