KUALA LUMPUR:Pertumbuhan global diunjurkan sebanyak -4.4 peratus pada 2020, semakan kenaikan sebanyak 0.8 peratus berbanding unjuran semasa Jun lepas berikutan aktiviti yang semakin bertambah baik, terutamanya dalam ekonomi maju, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Semakan ini mencerminkan pertumbuhan suku kedua KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang lebih positif daripada jangkaan, kebanyakannya dalam ekonomi maju, yang mana aktiviti pulih lebih awal daripada jangkaan selepas sekatan mula dikendurkan pada Mei dan Jun termasuk petunjuk pemulihan yang lebih kukuh pada suku ketiga."
Pertumbuhan global diramalkan sebanyak 5.2 peratus pada 2021, lebih rendah berbanding kemas kini Jun 2020 Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO), menggambarkan kemerosotan yang lebih sederhana yang diunjurkan bagi 2020 dan konsisten dengan jangkaan penjarakan sosial yang berterusan, kata IMF dalam kemas kini terbaharu.
Susulan penguncupan pada 2020 dan pemulihan semasa 2021, tahap KDNK global pada tahun hadapan dijangka menjadi sederhana sebanyak 0.6 peratus. tinggi sedikit berbanding 2019, katanya dalam kemas kini yang bertajuk "Peningkatan Yang Sukar dan Panjang."
Unjuran pertumbuhan ini membayangkan jurang output negatif yang meluas dan peningkatan kadar pengangguran yang disaksikan dalam tahun ini serta 2021 merentasi ekonomi pasaran maju dan baru muncul.
Selepas pemulihan pada 2021, pertumbuhan global diramalkan perlahan secara beransur-ansur iaitu kepada kira-kira 3.5 peratus dalam jangka sederhana, katanya.
"Ini membayangkan kemajuan yang sangat terhad dalam mengejar laluan aktiviti ekonomi bagi 2020-25 yang diunjurkan sebelum pandemik untuk pasaran maju dan baru muncul termasuk dalam ekonomi membangun."
Penjarakan sosial akan berterusan sehingga 2021 tetapi akan mula berkurangan dari masa ke masa apabila pengedaran vaksin meluas dan tahap kesihatan bertambah baik. Jangkitan setempat diandaikan akan menyusut ke paras terendah menjelang akhir 2022.
Di luar pandemik, kerjasama pelbagai hala diperlukan untuk menangani ketegangan perdagangan dan teknologi antara negara termasuk merapatkan jurang, misalnya dalam perdagangan perkhidmatan serta sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.
Negara-negara juga mesti bertindak secara kolektif untuk melaksanakan komitmen mitigasi perubahan persekitaran mereka, katanya.
Komuniti global juga perlu mengambil langkah segera untuk mengukuhkan pertahanan terhadap krisis kesihatan, contohnya dengan menambah stok peralatan perlindungan dan bekalan perubatan penting, penyelidikan pembiayaan serta memastikan bantuan berterusan yang mencukupi kepada negara-negara yang mempunyai kapasiti penjagaan kesihatan yang terhad, termasuk melalui sokongan organisasi antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Aktiviti pulih lebih awal daripada jangkaan selepas sekatan mula dikendurkan pada Mei dan Jun. - Gambar fail
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024
Toh Ee Wei mengakui beliau tidak dapat memberi jaminan akan kembali kepada prestasi mengagumkan selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris.
'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan
Kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan libatkan laluan kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.
Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan
Sejurus memasuki padang bersama pasukan, Faisal bersujud di tepi padang sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun
J-Village simbol kepada usaha pemulihan dan pusat itu kini tumpuan dunia apabila ia menjadi lokasi permulaan bagi larian obor temasya Olimpik.
Sistem sokongan faktor kejayaan kepulihan klien - AADK
Kata beliau, fungsi dan peranan kumpulan itu amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu.