Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India

Bernama
Mei 3, 2023 20:15 MYT
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk melabur 340 bilion rupee (kira-kira AS$4.1 bilion) dalam projek di negeri Tamil Nadu, selatan India, lapor media tempatan pada Rabu.
NEW DELHI: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk melabur 340 bilion rupee (kira-kira AS$4.1 bilion) dalam projek di negeri Tamil Nadu, selatan India, lapor media tempatan pada Rabu.
Gergasi tenaga Malaysia itu menyasarkan untuk menubuhkan loji hidrogen serta ammonia hijau dan projeknya itu telah mendapat kelulusan kerajaan negeri, menurut laporan itu.
Ia merupakan satu daripada lima cadangan pelaburan daripada syarikat India dan asing, diluluskan pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh ketua menteri M.K. Stalin di Chennai pada Selasa.
Petronas mempunyai beberapa perniagaan di India dalam bidang seperti perdagangan minyak mentah, gas petroleum cecair (LPG), petrokimia, pelincir, dan gas asli cecair (LNG).
Salah satu bidang tumpuannya di India ialah sektor tenaga boleh diperbaharui.
-- BERNAMA
#Petronas #melabur #Tamil Nadu #Petroliam Nasional Bhd