ALOR SETAR: Majikan yang terlibat dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga 31 Disember ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira tahap kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata, kerajaan menerima banyak permintaan daripada majikan PMKS untuk menangguhkan pelaksanaan perintah berkenaan dalam sektor terbabit.
"Kita bagi penundaan masa untuk mereka laksanakan sehingga 31 Disember 2022. Ruang untuk berbincang ada. Perintah itu bermula pada 1 Mei lalu, tapi kita pertimbang jadi kita beri penundaan sehingga 31 disember 2022.
"Sekarang baru bulan Mei, mereka ada tujuh bulan lagi," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini.
BACA: Tiada 'pusingan U', gaji minimum tetap dilaksanakan 1 Mei - PM
BACA: Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan
Pada 27 April lepas, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei.
Menurut perintah itu, bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan sesuatu aktiviti profesional dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020, kadar gaji minumum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa gaji minimum RM1,500 adalag bermula 1 Januari 2023.
Dalam pada itu, Awang turut memaklumkan, penetapan gaji minimum bagi pekerja domestik atau amah Indonesia tertakluk kepada memorandum persefahaman (MoU) yang diputuskan antara kerajaan Malaysia dan negara itu.
Adie Sufian Zulkefli
Thu May 12 2022
Awang berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira tahap kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Parlimen: Kerajaan dicadang naikkan ambang cukai untuk bantu IKS
Kerajaan dicadangkan supaya membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhubung isu gaji minimum.