UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Proton catat jualan 10,380 unit pada September 2021

Berdasarkan jumlah jualan yang dicatatkan pada September, pegangan pasaran Proton dianggarkan sekitar 23.9% berdasar kepada anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 43,500 unit.

Dagang News
Tue Oct 05 2021
Proton catat jualan 10,380 unit pada September 2021
Walaupun bahagian pengeluaran terkesan oleh kekurangan bekalan komponen, Proton masih mampu untuk menyerahkan 1,440 unit Persona (gambar) dan 749 unit Iriz, yang turut menampilkan varian Iriz Active. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:

Proton Holdings Bhd mencatat jualan sebanyak 10,380 unit kenderaan pada September, prestasi bulanan pertama yang produktif bagi pengeluaran kereta nasional itu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Berdasarkan jumlah jualan yang dicatatkan pada September, pegangan pasaran Proton dianggarkan sekitar 23.9% berdasar kepada anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 43,500 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, secara keseluruhan, pegangan pasaran bagi 2021 berada pada 23%, lebih baik jika dibandingkan dengan angka penutup sebanyak 20.7% tahun lalu.

"Prestasi jualan Proton pada bulan September dipacu oleh jualan Proton Saga.

"Sebanyak 3,907 unit sedan segmen-A itu dijual bulan lalu, satu pencapaian yang bukan saja menerajui segmennya, tetapi juga membolehkan model paling popular syarikat itu menduduki tempat teratas bagi jualan model secara individu.

"Pada masa yang sama, jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton terus kekal utuh dengan peningkatan penyerahan kedua-dua kenderaan siri-X untuk memenuhi permintaan.

''Kedua-dua model mengungguli segmen mereka dengan 2,431 unit Proton X50 diserahkan pada September sementara jualan Proton X70 sebanyak 1,577 unit,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Roslan berkata, secara keseluruhan, 27,312 unit SUV dijual oleh syarikat pada tahun ini, bersamaan 37.4% jualan keseluruhan tahunan syarikat sebanyak 73,017 unit.

Menurutnya, walaupun bahagian pengeluaran terkesan oleh kekurangan bekalan komponen, Proton masih mampu untuk menyerahkan 1,440 unit Persona dan 749 unit Iriz, yang turut menampilkan varian Iriz Active.

"Kami amat berpuas hati dengan pencapaian baik Proton bulan lalu. Sebenarnya, kami mampu untuk menjual lebih dari 10,380 unit yang diperoleh, tetapi konteks harus diberikan kepada prestasi kerana Malaysia dalam proses pemulihan pandemik yang masih memberi kesan kepada pembekal industri automotif.

"Situasi kini bertambah baik, tetapi kekurangan bekalan cip dan komponen lain adalah isu yang tidak akan selesai dalam masa yang singkat, jadi kami harus berhati-hati apabila membuat anggaran jualan kerana kapasiti pengeluaran tertakluk kepada perubahan semasa.

"Oleh itu, bagi tiga bulan akhir tahun ini, Proton akan menumpukan perhatian untuk menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan," katanya.

Roslan berkata, Proton akan menyelesaikan masalah permintaan yang tertangguh, membolehkan lebih banyak jualan pada tahun depan dan membantu jenama itu maju ke hadapan dengan perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian produk ke pasaran tempatan dan eksport.



#Proton#jualan kenderaan#Proton Edar
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan

Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan

Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025

Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025

Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM

Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM

Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump

Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump

Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN

Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA

Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA

Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD

Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD

Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid

Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid

Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia

Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia

Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024

Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit

Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000

Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan

Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September

Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024

Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON

Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON

EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto

Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai

Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai

Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia

Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia

Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim

Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim

Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.