Syarikat pengeluar kereta tempatan, Proton merancang memperkenalkan model kereta baharu dilengkapi enjin kuasa turbo 1,500cc dalam waktu terdekat.

Ketua Bahagian Kejuruteraannya, Yang Jun, berkata ini selaras dengan trend pengeluar kereta global ketika ini yang beralih kepada enjin kuasa turbo berbanding enjin beraspirasikan bahan semulajadi.

Ditanya bila model kuasa turbo itu akan diperkenalkan, beliau menjawab: "Dalam waktu terdekat."

Bercakap kepada pemberita selepas pratonton model terbaru Proton, X70, di sini, hari ini.

Yang berkata, trend pengeluar kereta memperkenalkan lebih banyak model menggunakan kuasa turbo dipacu sebahagian besarnya oleh permintaan daripada pelanggan, berikutan pemahaman mereka tentang teknologi kereta semakin meningkat.

Beliau mengambil perhatian enjin kuasa turbo memberikan prestasi lebih baik berbanding enjin beraspirasikan bahan semulajadi.

"Teknologi baharu bagi enjin kuasa turbo juga menjimatkan penggunaan minyak," katanya.

Yang, bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada keputusan untuk memperkenalkan model kapasiti enjin 1,500cc dibuat selepas kerajaan mengumumkan dalam Belanjawan 2019 bahawa hanya kereta dengan kapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah layak bagi subsidi minyak bersasar.

Mengenai X70, Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, cabang pengedaran Proton, mendedahkan kereta itu akan dilancarkan pada 12 Dis.

"Acara itu kelak menjanjikan pengenalan penuh gilang gemilang model terbaru Proton itu susulan syarikat mahu mengakhiri 2018 dengan kejayaan besar, sebelum memulakan 2019 dengan kedudukan lebih mantap," katanya.

Setakat ini, X70 telah menerima 10,000 tempahan. -- Bernama