GEORGE TOWN: Pulau Pinang boleh menjangkakan pemulihan ekonomi yang lebih pantas sekiranya semua pihak berkuasa boleh mengekang pandemik COVID-19 secara berkesan, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Beliau berkata usaha pengekangan penularan COVID-19 dan pada masa sama giat mengekalkan pertumbuhan ekonomi masih menjadi cabaran bagi baki tempoh 2021 sehingga awal 2022.
Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju di Malaysia, dan asas ekonominya kekal kukuh walaupun pandemik melanda, katanya.
"Berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, ekonomi Pulau Pinang dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dijangka pulih daripada kesan COVID-19," katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak 'Future Forward' Pulau Pinang di sini semalam.
Beliau berkata permintaan global terhadap produk elektrik dan elektronik, kemasukan beberapa syarikat Fortune 500 ke Kawasan Perindustrian Batu Kawan, serta pengenalan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang adalah antara faktor penyumbang yang akan mempercepat pemulihan ekonomi negeri.
Ahmad Fuzi berkata pandemik telah mendorong beberapa penemuan dalam pembangunan budaya kerja baharu yang memberikan kesan bercampur-campur ke atas sektor ekonomi.
"Contohnya, perniagaan akan menggunakan teknologi mesyuarat dalam talian dengan lebih intensif pada masa hadapan; memperluas peluang bekerja di rumah dan berpotensi mengurangkan perjalanan ke mesyuarat.
"Menghadapi prospek kenaikan kos pengeluaran, kekurangan ketersediaan pekerja asing dan perjalanan serta keperluan penjarakan fizikal, menjadikan perniagaan mungkin mempercepat penerimagunaan automasi dan digitalisasi dalam dunia pasca-COVID-19," katanya.
Beliau berkata Pulau Pinang perlu memastikan bahawa ia mempunyai dasar dan kerangka yang tepat untuk merangsangkan semula landskap pelaburan serta meningkatkan daya saing jangka panjang pada era pasca-COVID-19.
"Saya yakin kerajaan negeri akan terus menyokong dan melakukan apa saja yang perlu bagi memastikan industri kita terus maju untuk bersaing secara produktif dan menerajui pasaran serantau dan global," katanya.
Sidang Kemuncak 'Future Forward' Pulau Pinang dianjurkan bersama Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik (KSI), Universiti Terbuka Wawasan serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia.
Acara bertemakan 'Mencapai Ekonomi Berdaya Tahan dan Mampan' itu bertujuan mencetuskan idea, pandangan dan hubungan dalam merangka strategi yang berhasil, memanfaatkan perubahan teknologi dan mewujudkan masa depan yang lebih berdaya tahan, mampan dan kompetitif untuk Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Pandemik telah mendorong beberapa penemuan dalam pembangunan budaya kerja baharu yang memberikan kesan bercampur-campur ke atas sektor ekonomi Pulau Pinang.- Gambar fail/BERNAMA
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.