Rakyat Malaysia dijangka dapat memiliki kereta elektrik (EV) pada harga di bawah RM100,000 melalui model baharu yang akan diperkenalkan pada 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia Mohamad Madani Sahari berkata, prototaip EV itu sedang dibangunkan dan dijangka siap menjelang September tahun depan.
"Pengeluaran dan penjualan EV ini, masing-masing akan dibuat dalam 2016 dan 2017.
"Akan ada dua model sedan dengan empat tempat duduk dengan kelajuan sehingga 300 kilometer sejam," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Mobiliti Lestari 2014 di sini hari ini.
Sekarang ini, EV termurah berharga RM140,000 dan hanya mempunyai kelajuan 150 kilometer sejam.
Mohamad Madani berkata bagi memastikan harga rendah, kerajaan juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan pajakan bateri litium, sumber kuasa kereta tersebut.
"Pajakan bateri akan mengurangkan kos penyelenggaraan kereta dan satu set konfigurasi bateri serta kereta akan membolehkan bateri ditukar dengan mudah," katanya sambil menambah pengeluaran bateri itu secara domestik merupakan satu lagi langkah untuk merealisasikan pajakan tersebut.
Mohamad Madani berkata, model baharu EV ini dijangka dapat membantu negara mencapai sasaran 10 peratus sumbangan EV kepada jumlah keseluruhan industri menjelang 2020.
"Terdapat juga rancangan untuk membawa masuk unit EV secara kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) pada tahun depan sebelum kemasukkan model EV dari versi pemasangan tempatan (CKD).
"Unit CBU ini datang dari segmen mewah untuk membiasakan pembeli dengan konsep EV sebelum memperkenalkan EV tempatan mula beroperasi pada 2017," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Corp) Ir Ahmad Hadri Haris, berkata industri EV di Malaysia akan menerima lonjakan selepas pengenalan bas elektrik di Melaka.
"Pelaburan berjumlah RM50 juta itu membabitkan 40 buah bas elektrik, akan diperkenalkan di Melaka tidak lama lagi dan kemudiannya di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain," katanya.
Bernama
Tue Nov 25 2014
Gambar hiasan: transit.gsu.edu
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
AirAsia larang bawa 'hoverboard', 'Segway' dan skuter elektronik dalam penerbangan
Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuasa hari ini.
Malindo Air larang alat pengangkutan peribadi pintar dibawa dalam pesawat
Larangan itu adalah selaras ketetapan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia seperti yang disyorkan IATA.
Malaysia Airlines larang alat pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium ke dalam pesawat
PAC akan meneruskan prosiding pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB dengan memanggil dua individu pada Januari ini.
Rakyat Malaysia bakal miliki kereta elektrik bawah RM100,000 pada 2017
Prototaip EV itu sedang dibangunkan dan dijangka siap menjelang September tahun depan.