KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan urus niaga Selasa 4.3990/4030.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS dilihat lemah apabila mata wang utama seperti euro dan yen Jepun mengukuh kepada US$1.0844 setiap euro dan 130.77 yen bagi setiap dolar AS.
Beliau berkata Indeks dolar AS (DXY) turun 0.42 peratus kepada 102.43 mata.
"Ini berlaku selepas Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih daripada jangkaan kepada 104.2 mata pada Mac berbanding jangkaan pasaran 101 mata, lebih tinggi daripada 103.4 mata pada Februari," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS turut mencadangkan bahawa kenaikan kadar perlu diteruskan untuk menurunkan inflasi di AS.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata pelabur juga akan menantikan data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) yang akan dikeluarkan pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau percaya ringgit mempunyai kekuatan untuk terus meningkat berbanding dolar AS.
"Paras sokongan semasa ialah pada paras RM4.3297, justeru, terdapat jangkaan ringgit akan terus mengukuh. Gandingan dolar/ringgit diunjur berlegar antara RM4.39 dan RM4.40 hari ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang mana nilai mata wang tempatan telah meningkat kepada 3.3463/3498 daripada 3.3606/3642 semalam.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4209/4258 daripada 5.4046/4095 pada penutup Selasa dan lemah berbanding euro kepada 4.7662/7705 daripada 4.7580/7623 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean, tetapi mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.3100/3132 daripada 3.3100/3135 semalam.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.09 daripada 8.07/8.09 pada Selasa, lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8277/8458 daripada 12.8288/8457 sebelumnya dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 291.20/291.60 daripada 291.60/291.90 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan urus niaga Selasa 4.3990/4030. -Gambar fail/Reuters
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit melanjutkan kenaikan untuk dibuka lebih tinggi pada pagi Selasa apabila dolar AS menurun.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Google Search tidak lagi papar nilai pertukaran mata wang asing ke Ringgit Malaysia
Google Search hanya memberikan pautan ke beberapa laman web yang boleh memberikan perkhidmatan pertukaran mata wang.
Ringgit teruskan peningkatan apabila dibuka tinggi berikutan sokongan belian berterusan
Pada 9 pagi, ringgit menokok kepada 4.7310/7360 berbanding dolar AS daripada 4.7335/7400 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka mengukuh, diunjur RM4.50 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.7070/7105 berbanding dolar AS daripada paras 4.7335/7400 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit bergerak dalam julat kecil namun ditutup tinggi menjelang keputusan mesyuarat Fed
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7350/7390 semasa ditutup pada Selasa.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam.