KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi Isnin dengan para pelabur menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) yang lebih tinggi ditetapkan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keempat minggu depan untuk membendung inflasi, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3990/4020 berbanding dolar AS daripada 4.4010/4045 pada penutup Jumaat.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan kekal dalam julat ketat kerana peserta pasaran juga akan mempertimbangkan kemungkinan keputusan mesyuarat itu.
"Ini benar terutamanya apabila kadar inflasi semasa berterusan berada pada 2.8 peratus sehingga Mei. Ia memberi kita gambaran bahawa kadar faedah sebenar sudah berada di zon negatif memandangkan paras OPR nominal ialah 2.00 peratus. Justeru, peningkatan OPR nampak ketara," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Afzanizam menambah berikutan paras kadar inflasi yang meningkat bersama dengan pengetatan monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed), terdapat tanda-tanda kemunculan kelembapan ekonomi.
"Berdasarkan testimoni yang dibentangkan pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu lepas, kita dapat melihat dengan jelas desakan daripada Ahli Kongres tentang bagaimana pengetatan Fed boleh menjejaskan ekonomi.
"Dalam hal itu, sebarang tanda kelembapan ekonomi akan meyakinkan Fed untuk memikirkan semula strategi mereka bagi mengunjurkan keupayaan untuk penurunan sederhana ekonomi," katanya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3985/4021 daripada 5.4128/4171 pada penutupan Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.6440/6472 daripada 4.6444/6481 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1727/1754 daripada 3.1710/1740 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2670/2697 daripada 3.2590/2621 pada Jumaat lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3990/4020 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.