KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kadar pengangguran yang lebih tinggi serta inflasi gaji yang agak rendah pada Jumaat lepas.
Sentimen untuk mata wang tempatan turut dilonjakkan lagi oleh petunjuk kenaikan kadar faedah yang lebih kecil pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai sedikit kepada 4.7430/7460 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.7460/7495.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata walaupun laporan pekerjaan AS baru-baru ini menunjukkan keadaan pasaran buruh yang semakin lemah berikutan peningkatan kadar pengangguran (Okt: 3.7 peratus berbanding Sept: 3.5 peratus), pengambilan pekerja masih kukuh, mencatatkan 261,000 berbanding anggaran 200,000 pada bulan Okt.
Ini sekali gus menunjukkan ekonomi AS kekal berdaya tahan.
"Walaupun Rizab Persekutuan membayangkan kenaikan kadar yang lebih kecil pada masa hadapan, keputusan sedemikian lambat laun akan didorong oleh hasil data.
"Mata wang tempatan mungkin menjadi kurang menggalakkan sekiranya terdapat sebarang keputusan yang tidak dijangka dalam indeks harga pengguna (CPI) AS Oktober yang akan datang, serta keputusan pilihan raya separuh penggal negara pada 8 Nov," katanya kepada Bernama.
Menurut Firdaos, ringgit boleh terus tertekan berbanding dolar AS di tengah-tengah perbezaan kadar dan ketidaktentuan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang utama lain, iaitu pound Britain (3.1 peratus), dolar Australia AUD (satu peratus) dan euro (1.5 peratus) pada minggu lalu.
Kedua-dua halangan luaran dan faktor domestik, terutamanya dari segi politik, akan mempengaruhi trajektori ringgit, tambahnya.
Malaysia kini dalam suasana pilihan raya umum, dengan pengundi akan mengundi pada 19 Nov.
"Kami percaya pertumbuhan ekonomi suku ketiga (S3) 2022 yang lebih baik daripada jangkaan boleh memberi sokongan kepada unjuran ringgit pada minggu ini. Justeru, kami mengunjurkan julat mingguan dagangan ringgit antara RM4.74 dan RM4.75," kata Firdaos.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3688/3715 daripada 3.3517/3546 pada penutup Jumaat dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2263/2286 daripada 3.2111/2137 sebelum ini.
Ringgit terus lemah berbanding pound Britain menjadi 5.3719/3753 daripada 5.3231/3270 dan merosot berbanding euro kepada 4.7103/7133 daripada 4.6383/6417 pada penutup Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai sedikit kepada 4.7430/7460 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.